200 botol air untuk penduduk Buluh Gading, Tepuh daripada YADIM Terengganu

BULUH GADING – Masalah gangguan bekalan air di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sehingga kini masih belum selesai menyebabkan begitu ramai pengguna terjejas. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu berusaha membantu sedikit sebanyak agar dapat meringankan beban penduduk terkesan. Terkini pada 6 Julai, YADIM Terengganu mengagihkan sebanyak 200 botol air mineral […]

Gangguan bekalan air: YADIM Terengganu bantu sedia pam dan air mineral

KUALA TERENGGANU – Gangguan bekalan air yang terjadi di kawasan ini bermula 2 Ogos dijangka melibatkan lebih 23,000 pengguna berlarutan hingga beberapa hari  lagi. Lebih menyukarkan penduduk kerana ada kawasan yang terlibat, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Bertindak pantas bagi meringankan beban orang ramai, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 4 Ogos telah […]

PENGAYUH terima sumbangan YADIM Terengganu

KUALA TERENGGANU – “Sudahlah permintaan berkurangan, kos menternak pula naik, akibatnya harga jualan terpaksa kami naikkan di saat permintaan semakin berkurangan. “Akibatnya kemampuan menternak berkurangan kepada separuh daripada kapasiti asal,”. Demikian situasi mendesak yang dihadapi pengusaha pengusaha ternakan puyuh di negeri ini. Mereka memohon agar diberikan sedikit sumbangan agar dapat membantu meringankan beban mereka. Cakna […]

250 pek sumbangan untuk asnaf memerlukan di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 28 Julai telah mengagihkan sebanyak 250 pek barangan keperluan harian untuk mereka yang memerlukan di sekitar bandaraya  ini. Program yang diadakan dengan kerjasama beberapa rakan badan bukan kerajaan (NGO), turut menyantuni keluarga bukan Muslim yang memerlukan di sini, selaras dengan gerak kerja badan dakwah ini […]

300 penduduk Pulau Redang terima agihan daging korban

PULAU REDANG – Seramai 300 penduduk pulau ini menerima manfaat hasil agihan daging korban yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 21 Julai. Lembu sebanyak tiga ekor yang dikorbankan bagi program ini adalah sumbangan McDonald’s Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Al-Khairi. Mewakili YADIM dalam program ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi […]

Musa’adah di Kampung Orang Asli Sungai Sayap, Hulu Besut

HULU BESUT – Skuad sanitasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 4 Julai menabur bakti di Balairaya Kampung Orang Asli Sungai Sayap dan di Pejabat I-MITS Hulu Besut Terengganu.  Selain kerja sanitasi kawasan tersebut, turut disampaikan ialah sumbangan kotak barangan keperluan harian kepada 11 ketua keluarga Orang Asli Sungai Sayap dan 50 kotak lagi […]

Usah jadikan bendera putih isu ganggu usaha kerajaan

KUALA NERUS – Kerajaan tidak mahu kempen bendera putih dijadikan isu hingga boleh mengganggu usaha mendekati golongan yang memerlukan.   Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, apa yang lebih mustahak ialah semua pihak perlu mencari kaedah terbaik bagi memastikan setiap bentuk bantuan sampai kepada golongan sasar.   […]

Musa’adah 3.0 : 133 Orang Asli Sungai Berua Terima Bantuan

HULU TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu meneruskan misi bantuan Musa’adah 3.0 pada 30 Jun di perkampungan Orang Asli  Sungai Berua di sini dengan kerjasama  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Terengganu. Inisiatif ini juga mendapat kerjasama Pejabat Parlimen Hulu Terengganu. Antara objektif program ini salah satunya ialah sebagai tanda prihatin YADIM dan […]

Yadim-YaPEIM sumbang bakul makanan kepada 300 orang asli

KEMAMAN – Seramai 300 ketua isi rumah orang asli di Terengganu akan menerima bantuan bakul makanan sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Terengganu.     Pengarah Yadim Terengganu, Nasrul Hadi Saidin berkata, sebanyak RM25,000 diperuntukkan bagi menyediakan bakul makanan itu sebagai usaha membantu meringankan beban keluarga orang asli […]

Musa’adah 3.0 YADIM di KOA Sungai Pergam

KEMAMAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Terengganu telah menyalurkan 156 pek makanan kepada penduduk masyarakat orang asli di Kampung Sungai Pergam di sini pada 24 Jun. Program dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Air Putih ini, adalah tanda prihatin YADIM dan YaPEIM terhadap kesulitan […]