Sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat di Batu 9 Kampung Medan

TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat konsisten menyantuni kelompok masyarakat yang memerlukan. Menerusi program menyantuni rakyat mereka pada 5 Februari, sebanyak 10 keluarga di Kampung Medan di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai. Sepuluh keluarga yang terlibat adalah warga emas, pesakit kronik serta ibu tunggal. […]

Tak viral, tak dapat bantuan? ‘Log out’ dan lihat sekeliling – Dr Zulkifli

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meminta orang ramai tidak cepat menuduh atau beranggapan pusat zakat tidak memainkan peranan sepatutnya. Dalam beberapa kemas kini di Twitter, beliau menasihatkan khalayak agar tidak hanya melihat satu perkara seperti yang dipaparkan di media sosial semata-mata. “Di Wilayah […]

5 keluarga terima sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat

SIJANGKANG- Pada 2 Februari, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Kuala Langat telah menyantuni lima keluarga di sekitar kawasan ini. Diketuai pengerusinya, Hasmawi Mahidin, mereka telah menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga di Sijangkang dan satu keluarga di Kebun Bharu. Mereka yang disantuni terdiri golongan asnaf, warga emas dan pesakit kronik. Kesemuanya menerima sumbangan barangan dapur dan […]

Musaadah 2.0 untuk petugas barisan hadapan daripada YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 2 Februari melancarkan misi Musaádah Covid-19 2.0 di Dataran Blok A Kompleks Pusat Islam bagi menyantuni petugas barisan hadapan, sekolah dan mangsa banjir. Petugas barisan hadapan yang disantuni ialah kakitangan Hospital Putrajaya, anggota polis, anggota bomba serta anggota Angkatan Pertahanan Awam. Turut disantuni ialah pelajar Sekolah Menengah […]

Siasatan ajaran sesat ‘Agama Melayu’ di peringkat akhir, kata timbalan Menteri

PETALING JAYA – Siasatan berhubung ajaran sesat dikenali sebagai “Agama Melayu” dijangka selesai dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Beliau dipetik Harian Metro berkata, sebaik saja siasatan selesai, pihaknya akan membuat pengumuman mengenai hasilnya. Katanya, kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam […]

Pihak berkuasa siasat ajaran sesat ‘Agama Melayu’

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan meneliti tindakan sewajarnya berhubung isu agama baharu dikenali sebagai ‘Agama Melayu’ yang menolak ajaran Islam. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan, berkata sebagai agensi dakwah, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberi kefahaman, pemurnian akidah dan fikrah. “Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama […]

Memahami Darurat Dan Masa Depan Dakwah

KUALA LUMPUR – Proklamasi darurat di Malaysia baru-baru ini masih menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan masyarakat. Perdebatan dan perbincangan berhubung tindakan kerajaan itu masih hangat dikatakan rakyat terutama di laman media sosial. Ada golongan yang memahami tindakan kerajaan itu bagi mengawal penularan COVID-19, namun terdapat juga pihak yang kekal mempersoalkan kepentingan proklamasi darurat. Atas perkara itu, […]

Kerjasama agihan mangsa banjir dengan Muslim Care Society

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerusi Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik telah menyampaikan 100 set kit ibadah kepada Muslim Care Society dalam satu majlis ringkas di sini pada 20 Januari. Sumbangan ini untuk mangsa banjir di Pahang yang dijangka akan diagihkan kepada mereka oleh Muslim Care Society pada hujung minggu ini. Turut […]

YADIM sumbang kepada misi kemanusiaan JAWI

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 15 Januari telah menyumbang kepada misi kemanusiaan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ke Pahang dan Kelantan. Program JAWI tersebut menerusi Jawi Food Bank diadakan dengan kerjasama masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. Bantuan berkenaan merupakan keperluan asas bernilai RM 275,000 diagihkan pada 15 dan 19 Januari nanti. […]

Ziarah kasih ke Labohan Dagang

LABOHAN DAGANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat terus menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan. Pengerusinya Hasmawi Mahidin bersama seorang Ahli Jawatankuasanya telah berkunjung ke kampung ini menziarahi Aziz Mokhtar yang menghadapi masalah kesihatan. Difahamkan urat sarafnya lemah menyebabkan beliau terpaksa bergerak menggunakan tongkat. Dalam kunjungan itu, Sukarelawan YADIM Kuala Langat […]