Sumbangan Musa’adah Covid 19 YADIM-YaPEIM Kelantan

TOK BALI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Kelantan pada 7 Mei telah bekerjasama menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan di sini. Sebanyak 10 keluarga di sini dan Selising disantuni kedua agensi dakwah ini dalam satu program bersama. Mereka terdiri daripada asnaf, golongan Orang […]

YADIM, IKIM sumbang buku untuk pusat kuarantin Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 24 April menyumbangkan hampir 3,000 buah buku, majalah dan lain lain bahan bacaan untuk keperluan pusat pusat kuarantin Covid-19 di sekitar Kuala Lumpur. Majlis ringkas penyerahan tersebut yang dilakukan di ibu pejabat YADIM di sini, dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, […]

350 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Seramai 350 buah keluarga menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor menerusi program Musa’adah Covid-19 YADIM pada 20 April. Program yang diadakan dengan kerjasama badan – badan bukan kerajaan (NGO) itu diadakan bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 di bandar raya ini, Pasir Gudang dan Kulai, khususnya dari kalangan […]

YADIM terima sumbangan topeng muka daripada Kedutaan China

PUTRAJAYA – Kerajaan China pada 17 April telah menyampaikan sumbangan 2,000 unit topeng muka kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat YADIM, di sini. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Bahagian Media dan Komunikasi, Kedutaan Besar China di Malaysia, Tang Tang kepada Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. […]

Musaadah Covid 19 di Sabah

TAMBUNAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan rakan rakan rakan agensi agama Islam di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), terus prihatin dengan nasib golongan yang terkesan dengan musibah Covid-19. Terbaharu pada 16 April, YADIM bersama Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia telah sama […]

Fasa dua Musa’adah Covid-19 YADIM minggu depan

SHAH ALAM – Fasa kedua program Musaadah Covid-19 YADIM akan bermula minggu hadapan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Menurutnya, fasa kedua itu akan menumpukan pula kepada negeri negeri di luar Lembah Klang, terutamanya di Pantai Timur Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Tuan Kamarul berkata, seperti fasa […]

YADIM prihatin nasib ahli Tabligh

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui melalui Program Musa’adah Covid-19 YADIM sedang mengusahakan bantuan kepada ahli-ahli Tabligh yang positif dijangkiti Covid-19. Program Musa’adah Covid-19 YADIM ini dilancarkan berikutan penularan wabak itu dan menyasarkan pelbagai golongan selain ahli Tabligh, seperti para pelajar, asnaf dan petugas barisan hadapan. Melalui program Musaadah Covid-19 YADIM, orang ramai […]

PPPKAM sambung hasrat YADIM menyantuni komuniti terjejas akibat COVID-19

BANGI – Program menyantuni masyarakat Musa’adah Covid-19 YADIM diteruskan lagi pada 2 April dengan kerjasama pintar bersama NGO yang aktif dengan aktiviti bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan. Kali ini sumbangan disampaikan kepada Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) yang membantu YADIM menyalurkan secara terus kepada komuniti yang terjejas dan warga kerja barisan hadapan […]

100 keluarga Kuala Langat, Kapar terima sumbangan Musa’adah Covid-19 YADIM

SIJANGKANG – Program menyantuni masyarakat Musa’adah Covid-19 YADIM diteruskan lagi pada 1 April. Kali ini sebanyak 100 keluarga dari Kuala Langat dan Kapar menerima agihan barangan keperluan tersebut. Selain asnaf yang memerlukan, program ini turut memberi manfaat kepada tujuh keluarga bukan Muslim, 20 muallaf serta orang Asli, dengan peruntukan sebanyak RM20,000. Gimik penyerahan yang diadakan […]

Ahli Tabligh ucap terima kasih

PUTRAJAYA – Ahli-ahli Tabligh yang menerima bantuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui program Musaadah Covid 19, YADIM mengucapkan terima kasih kepada badan dakwah ini di atas sumbangan yang telah diberikan. Rata-rata mereka melahirkan rasa syukur dan terima kasih serta berpendapat sumbangan itu mampu mengurangkan sedikit bebanan yang terpaksa mereka tanggung. Melalui program itu, YADIM […]