Daging, udang dan sumbangan untuk asnaf Bandar Seri Putra

BANDAR SERI PUTRA – Seramai 150 orang asnaf dari kalangan B40 di sekitar kawasan ini disantuni YADIM dalam program Ziarah Sinar Syawal: Musa’adah Covid-19 pada 22 Mei. Program yang mendapat kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra ini turut menyantuni peniaga peniaga kecil yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Kesemua mereka menerima sumbangan wang tunai serta […]

Ziarah Sinar Syawal Musaadah Covid19 YADIM di SMK Seri Sentosa

KUCHAI LAMA – Program Ziarah Sinar Syawal Musaádah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa di sini dengan menyantuni keluarga asnaf di sekitar kawasan ini. Seramai 50 penerima disantuni YADIM dalam satu majlis ringkas di sini pada 21 Mei yang turut dihadiri oleh Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran, Lok […]

CIMB sumbang RM150,000 bantu usaha Musaádah Covid-19 YADIM

PUTRAJAYA – Yakin dengan kemampuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam usahanya menyantuni golongan yang terkesan dengan musibah Covid-19, CIMB Islamic Bank pada 21 Mei telah menyumbangkan sebanyak RM150,000 kepada badan dakwah ini. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Ahmad Shahriman Mohd Shariff kepada Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik […]

Ziarah Sinar Syawal : Musa’adah Covid – 19 di Port Dickson

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama beberapa lagi badan akan bekerjasama menjayakan program Ziarah Sinar Syawal: Musa’adah Covid-19 di Port Dickson pada 20 Mei ini. Program ini mempunyai objektif untk menyantuni golongan sasaran yang dikenalpasti terjejas akibat musibah Covid-19, dengan menyampaikan sedikit sumbangan bagi membantu mereka menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Badan dakwah […]

Ziarah Kasih SAR di Sijangkang

SIJANGKANG – Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat pada 17 Mei telah menyantuni golongan yang memerlukan di kampung ini. Sebanyak tujuh keluarga telah menerima sumbangan barangan keperluan dan wang tunai dalam program kali ini. Sumbangan kecil ini sedikit sebanyak diharap dapat meringankan beban mereka yang akan […]

YADIM sumbang 1,000 buku kepada PKRC

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (13 Mei) meneruskan program Musaadah Covid-19 YADIM dengan menyampaikan sumbangan 1,000 naskah buku terbitannya kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Jumlah sumbangan YADIM hari ini bernilai RM12,400. Selain YADIM turut memberikan sumbangan bahan bacaan hari ini ialah […]

Program Ziarah kasih dan pengagihan zakat

KEBUN BHARU – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat pada 11 Mei telah melaksanakan programm Ziarah Kasih dan Pengagihan Zakat kepada penerima yang layak di sekitar Kampung Batu 9 Kebun Bharu di sini Seramai 17 buah rumah telah diziarahi. Antara yang turun padang dalam program ini ialah Setiausaha SAR Selangor, Hanizah Sumiri serta empat […]

Sumbangan Musa’adah Covid 19 YADIM-YaPEIM Kelantan

TOK BALI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Kelantan pada 7 Mei telah bekerjasama menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan di sini. Sebanyak 10 keluarga di sini dan Selising disantuni kedua agensi dakwah ini dalam satu program bersama. Mereka terdiri daripada asnaf, golongan Orang […]

YADIM, IKIM sumbang buku untuk pusat kuarantin Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 24 April menyumbangkan hampir 3,000 buah buku, majalah dan lain lain bahan bacaan untuk keperluan pusat pusat kuarantin Covid-19 di sekitar Kuala Lumpur. Majlis ringkas penyerahan tersebut yang dilakukan di ibu pejabat YADIM di sini, dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, […]

350 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Seramai 350 buah keluarga menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor menerusi program Musa’adah Covid-19 YADIM pada 20 April. Program yang diadakan dengan kerjasama badan – badan bukan kerajaan (NGO) itu diadakan bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 di bandar raya ini, Pasir Gudang dan Kulai, khususnya dari kalangan […]