4.2 juta rakyat Malaysia ada masalah mental

PUTRAJAYA, 28 Sept. – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam mendedahkan kira-kira 30 peratus atau 4.2 juta rakyat Malaysia berusia 16 tahun dan ke atas mengalami masalah kesihatan mental. Katanya, data berkenaan diambil menerusi Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dilaksanakan pada tahun lalu. “Angka yang diperolehi ini bermaksud, satu dalam tiga rakyat Malaysia […]

Bekas Presiden Israel meninggal dunia

RAMAT GAN (Israel), 28 Sept. – Bekas Presiden Israel, Shimon Peres, 93, meninggal dunia awal pagi tadi selepas dua minggu diserang angin ahmar. Memetik laporan media antarabangsa sebagai berkata, kematian Shimon disahkan oleh doktor peribadinya, kira-kira jam 3 pagi tadi. Shimon dimasukkan ke hospital berhampiran Tel Aviv sejak 13 September selepas mengalami serangan jantung berikutan […]

Khidmat bakti Sukarelawan Al Falah

KOTA BHARU 24 Sept. – Pasukan Sukarelawan Al Falah (SAF) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah mengadakan program khidmat bakti di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang bersempena program Jelajah Muamalah Ummah 2016, pada 23 hingga 27 September lalu. Pengurus Besar Operasi Yadim, Mohd Rizal Rosli berkata, program khidmat bakti itu telah dilaksanakan di […]

‘Bapa Minyak Wangi,’ Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi

Dilahirkan pada tahun 194M, beliau merupakan tokoh atau ahli falsafah Muslim pertama keturunan Arab dari suku Kindah dan menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Nama sebenar beliau ialah Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi. Bapanya adalah Gabenor Kufah pada masa pemerintahan Khalifah Abbasiyah di bawah khalifah al-Mahdi dan Harun ar-Rashid. Minatnya terhadap ilmu falsafah begitu tinggi […]

Qari Malaysia juara tilawah al-Quran di Moscow

SEPANG 27 Sept.– Malaysia mencipta sejarah apabila buat pertama kali menjuarai Tilawah al-Quran Antarabangsa Moscow Ke-17 dalam pertandingan yang diadakan di ibu negara Rusia itu pada 22 hingga 25 September lalu. Abdullah Fahmi Che Nor, 32, dari Kelantan yang pertama kali menyertai tilawah itu tidak menyangka meraih kemenangan tersebut memandangkan turut berdepan peserta yang hebat […]

Militan Daesh target Cina Muslim untuk rekrut ahli baharu

KUALA LUMPUR, 27 Sept. – Kumpulan militan Daesh kini dikesan cuba merekrut Cina Muslim di rantau ini untuk menyertai kumpulan berkenaan, lapor akhbar Oriental Daily. Pegawai Bahagian Kajian dan Strategik Cawangan Khas PDRM Bukit Aman, Deputi Superintendan Tan Kok Tiang berkata, perkara itu terbongkar selepas polis menemui laman web serta laman sosial milik kumpulan pengganas […]

Aleppo: Kesatuan Ulama Dunia mahu umat Islam global zahir rasa marah

ISTANBUL, 27 Sept. – Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Ali Al-Qurrah Daghi menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya menzahirkan rasa marah mereka Jumaat ini berhubung nasib yang menimpa umat Islam di Aleppo, Syria. Beliau berkata usaha itu yang bertemakan ‘Marah Demi Aleppo, Syria’ adalah antara usaha untuk menghalang kemusnahan dan keganasan bandar […]

LRT3 tidak jejas perkuburan Islam Simpang Lima – JAIS

KLANG 27 Sept. – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memberi jaminan projek pembinaan laluan ketiga sistem transit aliran ringan (LRT3) tidak akan menjejaskan kawasan Tanah Perkuburan Islam Simpang Lima di sini. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, perkara itu dimaklumkan ke­pada pihaknya se­masa perbincangan khas dengan sya­rikat konsesi pro­jek berkenaan ber­sama beberapa […]

Muamalah Islam perlu diberi perhatian serius

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Usaha memberi penjelasan mengenai muamalah Islam perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak kerana aspek berkenaan masih kurang difahami oleh umat Islam berbanding aspek-aspek lain dalam syariah Islam seperti ibadat dan akidah. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, usaha berkenaan juga amat kurang […]

Ismee Ismail pengerusi baru TV AlHijrah

KUALA LUMPUR 22 Sept. – TV AlHijrah mengumumkan perlantikan Tan Sri Ismee Ismail sebagai Pengerusi TV AlHijrah menggantikan Tan Sri Mohd Yusof Noor hari ini menerusi satu kenyataan media. Perlantikan pengerusi baru ini dilihat mampu membawa industri penyiaran Islam ke peringkat yang lebih tinggi dalam industri penyiaran dirantau ini. Tambahan lagi dengan kepimpinan dan pengalaman […]