Home » Langit Terbuka » Ummah mahu semak semula keputusan

Ummah mahu semak semula keputusan

Sidang Meja Bulat Ummah, Kesan Kes Indira Ghandi Ke Atas Perundangan yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bercadang memohon semakan semula terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes penukaran agama tiga anak guru tadika, M. Indira Gandhi.

Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya berkata, gabungan pertubuhan bukan kerajaan itu telah pun membincangkan mengenai perancangan tersebut dengan peguam.

“Kami akan memohon untuk membuat semakan semula terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan berkait dengan kes tersebut dalam masa terdekat. Mungkin pada minggu ini atau minggu depan.

“Kami bukan bermaksud mempersoalkan keputusan mahkamah itu, tetapi berpandangan ada perkara-perkara yang perlu diperjelaskan kerana telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Sidang Meja Bulat Ummah, Kesan Kes Indira Ghandi Ke Atas Perundangan di sini hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan  menetapkan bahawa penukaran agama tiga anak Indira Gandhi oleh bapa mereka yang memeluk agama Islam hampir 10 tahun lalu terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *