Home » Langit Terbuka » Ustaz dedah rahsia Opick, Wulan

Ustaz dedah rahsia Opick, Wulan

TIDAK ramai yang mengetahui atau mengenali isteri kedua Opick, Wulan Mayasari, yang meninggal dunia Isnin lalu.

Namanya mula menjadi sebutan ramai selepas isteri pertama Opick, Dian Rositaningrum mendedahkan tentang perkahwinan rahsia Opick dan memfailkan penceraian.

Sahabat Opick, Ustaz Derry Sulaiman, mendedahkan, Opick pernah merasakan hidup Wulan tidak akan lama.

Malah sebelum Wulan meninggal, Opick sempat menghubunginya dan meminta mendoakan kesihatan Wulan.

“Opick ada menghubungi saya dan meminta didoakan kesihatan isterinya. Malah sejam sebelum Wulan meninggal, Opick sempat meminta saya datang ke rumah sakit (hospital).

“Tapi apabila saya tiba, Wulan sudah pun disahkan meninggal dunia,” ujarnya kepada Liputan6.com.

Tambah Derry Sulaiman, Opick memberitahu sejak hari pertama menikahi Wulan sudah merasakan isteri keduanya itu tidak akan hidup lama.

“Opick memberitahu sejak berkahwin, Wulan sering sakit. Jadi dia cuba memberi perhatian penuh dan tidak mahu menyakiti Wulan.

“Malah saya sendiri bersetuju dengan tindakannya. Yalah, tidak patut orang yang sedang sakit dilukai hatinya dengan diceraikan.

“Sebab itu jugalah, kita tidak boleh menghukum orang lain sebelum mendapat maklumat yang sebetulnya,” akhirinya. -SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *