Home » Langit Terbuka » Wanita Arab Saudi dibenar buka perniagaan tanpa izin lelaki

Wanita Arab Saudi dibenar buka perniagaan tanpa izin lelaki

Premis perniagaan di Arab Saudi. (Gambar hiasan)

RIYADH 18 Feb. – Wanita negara ini kini boleh membuka perniagaan sendiri tanpa perlu meminta kebenaran daripada suami atau saudara lelaki, selaras dengan usaha kerajaan Arab Saudi untuk mengembangkan sektor swasta.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Pelaburan di dalam laman sesawang rasminya, wanita juga akan mendapat manfaat e-perkhidmatan daripada kerajaan tanpa perlu membuktikan mereka mendapat keizinan daripada penjaga.

Sebelum ini, di bawah sistem penjagaan Arab Saudi, wanita dikehendaki untuk mengemukakan bukti kebenaran daripada penjaga lelaki, terutamanya suami, bapa atau abang untuk melakukan apa sahaja dokumen kerajaan, perjalanan serta pendaftaran kelas.

Putera Mahkota Mohammed Salman telah memimpin usaha untuk memperluaskan peranan wanita dalam bidang sumber manusia dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. – AFP

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *