Home » Citra Yadim » Warna–Warni Pentas Akhir Akademi Daie Muda YADIM 2023

Warna–Warni Pentas Akhir Akademi Daie Muda YADIM 2023

WARNA–Warni Pentas Akhir Akademi Daie Muda YADIM 2023 di Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, Kelana Jaya pada 3 November.
Seramai enam daripada 28 pelatih ADMY telah mempersembahkan segala kemahiran, bakat dan pengalaman yang diperoleh selepas dilatih dengan pelbagai modul selama empat bulan untuk benar-benar menjadi pendakwah di lapangan.
ADMY mempunyai objektif untuk melahirkan daie profesional, tekno daie serta daie rabbani yang menyebar luas misi dakwah mengikut perkembangan teknologi semasa bersesuaian dengan pendekatan Malaysia Madani serta melahirkan daie yang mahir dengan ilmu pengurusan dakwah dan kreatif dalam menyampaikannya ke lapangan masyarakat.
Kini perjalanan sebenar mereka bakal bermula, semoga segala ilmu yang ditimba dan pengalaman yang diperoleh boleh dimanfaatkan ketika mereka melestari gerakan dakwah di negara.
YADIM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan strategik yang menyumbang dan menyokong, serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga berhasil dan berlangsungnya Pentas Akhir Akademi Daie Muda YADIM ini.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *