Home » Langit Terbuka » Wilayah militan IS berkurangan mendadak

Wilayah militan IS berkurangan mendadak

KAHERAH 1O Julai – Kumpulan militan Negara Islam (IS) dilaporkan kehilangan 12 peratus daripada kawasan yang ditakluknya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, selain mengalami penurunan drastik dalam hasil pendapatan.

Menurut firma analisis IHS Glo­bal Insight, kumpulan militan itu kini menguasai kawasan seluas 68,300 kilometer persegi di Syria dan Iraq, berkurangan daripada lebih 90,000 kilometer persegi pada awal tahun lepas.

Malahan, baru-baru ini, IS kehilangan kawasan dikuasainya kepada beberapa pihak, antaranya militia Kurdis di utara Syria; tentera Syria di kawasan padang pasir di tengah negara itu serta kepada pasukan keselamatan Iraq di barat dan utara Baghdad.

IHS turut menganggarkan pendapatan bulanan militan IS merudum daripada sekitar AS$80 juta (RM319.6 juta) pada pertengahan 2015 kepada AS$56 juta (RM223.7 juta) pada Mac 2016 dan mungkin telah menurun sebanyak 35 peratus lagi dalam tempoh tersebut (Mac 2016).

“Keadaan itu berpunca daripada perpecahan dalam kumpulan militan itu seperti pembelotan dan menarik diri sejak Januari lalu, selain kekangan daripada pihak tentera,” kata penganalisis kanan IHS, Ludovico Carlino.

Tambah IHS, serangan terbaharu oleh tentera kerajaan diketuai militia Kurdis ke atas bandar Minbij di utara Syria menjadi ancaman utama kepada bandar de facto IS, al-Raqqa dan keupayaannya untuk bertindak sebagai sebuah negara.

“Penaklukan semula (Minbij) oleh Tentera Demokratik Syria (SDF) bakal memberi kesan besar kepada keupayaan militan IS untuk membekalkan Raqqa dengan rekrut baharu dan bantuan bekalan, serta melemahkan pentadbiran mereka,” kata ketua penganalisis IHS, Columb Strack. – dpa

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *