Home » Langit Terbuka » Yaasin4Aqsa demi pembebasan Masjid Al-Aqsa

Yaasin4Aqsa demi pembebasan Masjid Al-Aqsa

Program pelancaran Yaasin4Aqsa di peringkat kebangsaan akan diadakan secara serentak sama ada dalam dan luar negara pada Khamis, 4 April selepas solat maghrib. - Foto Malaysia Dateline

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Markas Angkatan Tentera Malaysia melalui Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), melancarkan Program Bacaan Yaasin Sejuta Umat Demi Pembebasan Masjid Al-Aqsa (Yaasin4Aqsa).

Program Pra Pelancaran Bacaan Yaasin4Aqsa itu, telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bertempat di Masjid Khalid bin Al-Walid, Kementah.

Menurut kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Awam – J7, program ini adalah satu medium tradisi di kebanyakan masjid menerusi kesyumulan ajaran Islam melalui amalan bacaan surah Yaasin yang telah menjadi kewajipan dalam memohon doa daripada Allah SWT.

“Menyedari hakikat ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah berkolaborasi dengan Mapim, Kolej Islam Darul Ulum (Kidu) dan Yayasan Restu dalam menjayakan program agama ini.

“Penghayatan makna keseluruhan 83 ayat surah Yaasin, akan memberi kekuatan solidariti umat Islam seluruh dunia agar memohon kepada Allah supaya terus memelihara umat Islam yang teraniaya.

“Dalam program hari ini, qariah turut didedahkan dengan ulasan surah Yaasin dan kesedaran mengenai kebangkitan ummah,” katanya.

Program ini turut dihadiri Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi yang mewakili Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Kenyataan itu turut memaklumkan, program pelancaran di peringkat kebangsaan pula akan diadakan secara serentak sama ada dalam dan luar negara pada Khamis, 4 April selepas solat maghrib.

“Pelancaran ini juga bersempena dengan sambutan Israq & Mikraj yang mempunyai kaitan dengan Masjid Al-Aqsa,” katanya lagi.

Dalam majlis sama, Tabung Infaq Al-Aqsa turut dilancarkan. – Malaysia Dateline

 

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *