Home » Citra Yadim » YADIM – Dar Al Fikr Turki tandatangani MoA

YADIM – Dar Al Fikr Turki tandatangani MoA

PUTRAJAYA – Kerjasama dalam bidang penerbitan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diperkasakan lagi menerusi perjanjian yang ditandatangani bersama dengan Dar Al-Fikr Mouaser, Turki pada 24 Ogos.

Menerusi perjanjian tersebut, YADIM akan menjadi penerbit buku Atlas An-Nabawi karangan Dr. Shawqi Abu Khalil versi bahasa Melayu di negara ini.

Mewakili YADIM dalam perjanjian ini ialah Yang Dipertuanya, Ustaz Nasrudin Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Pihak Dar Al Fikr Mouaser pula oleh Pengarah Urusannya, Hassan Salim. Turut serta ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Darul Fikir Sdn Bhd (Darul Fikir), Dato’ Mohd Zaki Ahmad dan Pengurus Penerbitan dan Pemasaran Daruk Fikir, Amran Mohammad.

Hassan Salim yang gembira dan teruja dengan kerjasama ini berkata, jalinan ini akan membolehkan dakwah Islam tersebar luas menerusi pembacaan, kerana penerbitan ialah salah satu cabang dakwah Islam.

Tuan Kamarul dalam ucapannya pula berkata, inisiatif ini akan memperkasakan lagi cabang dakwah badan ini yang bukan hanya ceramah dan tazkirah semata mata.

Keistimewaan buku karangan Dr Syawqi Abu Khalil ialah ia bukan sekadar menceritakan tentang sirah baginda Rasulullah SAW semata mata, tetapi juga dilampirkan dengan peta, diagram dan gambar-gambar lokasi bersejarah serta gambaran keseluruhan bangunan-bangunan penting dalam perjalanan dakwah baginda.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *