Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan Santuni Pemandu Bas Ekspress Dan Bas Persiaran

YADIM Kelantan Santuni Pemandu Bas Ekspress Dan Bas Persiaran

KOTA BHARU – Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan akibat penularan Covid-19 menyukarkan kehidupan semua.

Dengan pergerakan orang ramai yang terhad, sudah tentu memberikan kesulitan kepada penyedia perkhidmatan pengangkutan.

Cakna dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 27 Februari telah menyantuni 98 orang pemandu bas ekspress dan bas persiaran yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid 19.

Pemandu dari beberapa syarikat bas sekitar daerah ini diberikan bantuan berupa bekalan makanan asas.

Bantuan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Yang Berhormat Ustaz Ahmad Fathan Mahmood.Turut hadir Pengarah YADIM Kelantan Ustaz Mahadi Awang, Pengerusi Sukarelawan YADIM Kelantan Tuan Hazli Tuan Mamat dan pemilik syarikat Naza Travel And Tours Sdn Bhd Tuan Naza Tuan Màn.

Bantuan disampaikan di Depo Bas Naza Ekspress,Tapang, di sini menggunakan kaedah pandu lalu bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sebelum ini, YADIM Kelantan juga menyantuni pemandu bas dan van sekolah di negeri ini yang teruk terjejas dengan penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *