PUTRAJAYA – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merancang untuk menyantuni kira kira 50 buah sekolah menengah di negara ini dengan pelbagai bentuk bantuan sebagai usaha membantu mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, antara barangan sumbangan yang dicadangkan untuk disampaikan termasuklah seperti faceshield, penapis air dan juga barangan keperluan harian.

Datuk Ahmad Marzuk berkata demikian ketika ditemui selepas program YADIM Peduli Musaadah 2.0 Rakan Remaja YADIM (RRY) di Sekolah Menengah Agama Putrajaya di sini.

Menerusi majlis ini, YADIM menyumbangkan faceshield, penapis air serta kurma untuk pelajar sekolah itu, terutamanya untuk yang ketika ini menyambut peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Turut disumbangkan ialah set KFC untuk pelajar SPM, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan guru sekolah tersebut.

Hadir sama ke majlis ringkas ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner dan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, Salmah Ab Rani.

Selepas selesai program di SMKA Putrajaya, YADIM meneruskan program yang sama ke Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Program RRY dimulakan pada 2020 dengan fokus kepada sekolah menengah terpilih. Ia diselia di bawah Unit Sekolah, Bahagian Kepimpinan Muda YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *