Home » Langit Terbuka » YADIM sasar bina 40 telaga air

YADIM sasar bina 40 telaga air

Pengurus Besar Operasi YADIM, Mohd Khairrul Fuad Samsudin berkata, pembinaan berkenaan membantu menyediakan keperluan asas seperti air bersih kepada golongan sasar selain memberi manfaat kepada orang bukan Islam

ALOR GAJAH –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyasarkan pembinaan 40 telaga air di perkampungan saudara baharu di pedalaman Sabah Sarawak tahun depan.

Pengurus Besar Operasi YADIM, Mohd Khairrul Fuad Samsudin berkata, pembinaan berkenaan membantu menyediakan keperluan asas seperti air bersih kepada golongan sasar selain memberi manfaat kepada orang bukan Islam.

“Dengan adanya telaga ini di tempat strategik bukan saja orang Islam malah bukan Islam dapat menerima manfaatnya.

“Proses ini dapat memperbaiki pandangan bukan Islam terhadap agama Islam dan penganutnya bahawa Islam agama yang harmoni dan mengamalkan konsep bersaudara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2018 yang dirasmikan oleh Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Datuk Dr Hasan Bahrom di Auditorium Ibnu Khaldun KUIM di Kuala, Sungai Baru di sini, semalam.

Hadir sama, Naib, Canselor KUIM, Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora dan Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Sabir Abdul Ghani. – Metro Ahad

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *