Home » Citra Yadim » YADIM turut serta program Jelajah Aspirasi Merdeka Melaka  fm 2019

YADIM turut serta program Jelajah Aspirasi Merdeka Melaka  fm 2019

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut berkolaborasi dalam program Jelajah Aspirasi Merdeka Melaka fm 2019 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melaka  yang akan diadakan pada 29 Ogos ini bertempat di Kip Mall Bachang, Melaka.

Penyelaras YADIM Melaka, Muzafar Abdul Rahim berkata, orang ramai dijemput hadir memeriahkan program berkenaan yang dipenuhi pelbagai acara menarik bermula pukul 7 pagi sehingga 4 petang.

Program berkenaan yang diadakan bersempena sambutan kemerdekaan negara, katanya, mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin tempatan, agensi kerajaan serta pihak swasta.

“Antara acara menarik yang diadakan termasuk Konvoi Aspirasi Merdeka yang bermula pada pukul 7 pagi di RTM Melaka dan melalui beberapa jalan utama seperti Jalan Bachang, Jalan Malim, Jalan Cheng, Jalan Lendu Rumbia, Jalan Lendu – Masjid Tanah dan berakhir di Kompleks Japerun sejauh 31 kilometer,’’ katanya.

Beliau berkata, konvoi kemudiannya akan meneruskan perjalanan di beberapa peringkat lagi melalui beberapa jalan sehingga berakhir di Kip Mall pada kira-kira pukul 1.30 tengah.

Menurutnya, di setiap perhentian, pelbagai aktiviti akan diadakan seperti edaran bendera kepada orang ramai, kuiz merdeka, advokasi jalan raya, pertandingan melukis, aktiviti mengacau dodol, pengkisahan sejarah, penyampaian sumbangan oleh YADIM dan banyak lagi.

“Program seterusnya akan diadakan di Kip Mall dengan lebih banyak aktiviti diadakan seperti pertandingan lagu patriotik, persembahan artis popular Ismail Izani dan diakhiri dengan majlis perasmian oleh Ketua Menteri Melaka,’’ katanya.

Beliau berkata, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program berkenaan dan secara tidak langsung dapat menunjukkan semangat patriotik bersempena bulan kemerdekaan negara ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *