Home » Langit Terbuka » YaPEIM komited perkukuh modal insan di Sabah

YaPEIM komited perkukuh modal insan di Sabah

Latihan
Kursus latihan tenaga pengajar untuk program celik Al Quran Yapeim yang kini telah memasuki tahun kedua edisi penganjurannya diadakan di tiga lokasi dipilih iaitu Papar, Membakut dan Beaufort. - Foto Dammahumib.com

BEAUFORT – Sejumlah hampir RM310,000 telah diperuntukkan oleh Yayasan Pembangunan Eknomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk melatih dan mendidik masyarakat untuk program celik Al-Quran di tiga daerah di Sabah sejak Februari 2018.

Pengarah Kanan Pembangunan Sosial Ekonomi dan Komunikasi Korporat YaPEIM, Mohd. Zamri Zakaria berkata, jumlah yang diperuntuk bagi melaksanakan Kursus Latihan Tenaga Pengajar (TOT) Program Celik Quran Masyarakat (CQ-MAS) 2019 di Sabah dijangka akan melatih seramai lebih kurang 120 guru KAFA Jakim dan Guru Sekolah Agama Negeri (SAN).

Beliau berkata, kursus asas pengajian Al-Quran mengaplikasikan modul baru pengajaran dan pembelajaran (P&P), Abahata itu amat efektif dan berkesan apabila setiap peserta terlibat mampu membaca kitab suci itu setelah ikuti sesi pembelajaran secara intensif selama 30 jam.

“Kursus TOT untuk program CQ-MAS yang kini telah memasuki tahun kedua edisi penganjurannya diadakan di tiga lokasi dipilih iaitu Papar, Membakut dan Beaufort.

“Sambutan yang diterima sangat positif dan kami mensasarkan melalui 120 orang tenaga pengajar yang dilatih, ia akan membantu menarik minat golongan muda khususnya memperkembang penguasaan bacaan Al-Quran kira-kira 3,600 pelajar dan membantu membangunkn modal insan,” kata Mohd. Zamri di Majlis Penutup Program TOT CQ-MAS di Papar, Sabah.

iri kursus TOT CQ-MAS 2019 berjalan serentak di tiga daerah Papar, Beufort & Membakut bagi melatih 120 orang tenaga pengajar selama 3 hari yang dikendalikan pelatih Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).

Majlis penutup kursus TOT CQ-MAS akan disempurnakan oleh Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar dan ditemani Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin.

Mereka yang terlibat akan mengajar anak-anak murid yang dipilih dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah berjumlah 3600 orang bermula Februari 2019.-Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *