Home » Citra Yadim » YDP YADIM di Forum Perdana Hal Ehwal Islam Melaka

YDP YADIM di Forum Perdana Hal Ehwal Islam Melaka

JASIN – Sempena dengan keputeraan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz telah diundang sebagai salah seorang ahli panel dalam rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

Forum tersebut yang diadakan pada 17 Oktober, telah berlangsung di Dewan Alamanda di sini, yang menyaksikan kira kira 2,000 tetamu dari seluruh Melaka, terutamanya dari Jasin hadir memenuhi lokasi program bagi menyaksikannya.

Selain Nik Omar, ia turut menampilkan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar dan pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail sebagai ahli panel, manakala personaliti dakwah dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia, Ustaz Hariri Mohamad Daud bertindak selaku moderator.

Membawakan tajuk Íni Rumah Kita’, program secara langsung ini juga disiarkan ke Brunei dan Singapura.

Antara kenamaan yang hadir termasuklah Tun Khalil dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri, Yang Berhormat Mohd Sofi Abdul Wahab dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Md Azhan Samad.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *