Home » Langit Terbuka » Zionis roboh sekolah Palestin

Zionis roboh sekolah Palestin

BAITULMAQDIS, 15 Dis. – Penguat kuasa pentadbiran awam rejim Zionis merobohkan sebuah sekolah di kawasan komuniti Bedouin di Abu Nawar, Baitulmaqdis Timur, semalam.

Jurucakap komuniti Bedouin, Abu Imad Jahalin memberitahu Quds Press sekumpulan penguat kuasa pentadbiran awam Israel diiringi askar rejim Zionis, menyerbu perkampungan mereka dan menyerahkan perintah perobohan sekolah itu.

Katanya, kebanyakan penduduk terkejut dengan tindakan itu, terutama selepas Mahkamah Tinggi Israel mengeluarkan perintah supaya sekolah itu tidak dirobohkan.

“Sekolah itu mempunyai dua bilik darjah dan 26 pelajar. Menyasarkan sekolah bukan tindakan baharu bagi pihak berkuasa rejim Israel,” katanya.

Abu Nawar adalah salah satu daripada 18 kawasan komuniti Bedouin Palestin yang mengikut rancangan Israel akan ditempatkan di kawasan khas dikenali Projek E1.

Rejim Zionis merancang menempatkan semula semua komuniti Palestin di kawasan Projek E1 dalam usaha untuk membina lebih banyak penempatan Yahudi di kawasan yang diduduki secara haram di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. – Agensi

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *