Home » Langit Terbuka » Zulkifli Hasan dilantik Timbalan Menteri Agama

Zulkifli Hasan dilantik Timbalan Menteri Agama

Bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Zulkifli Hasan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. – Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan Senator Dr Zulkifli Hasan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sebelum ini tiada mana-mana individu menjawat jawatan tersebut dalam barisan kabinet yang dipimpin Anwar.

Zulkifli yang juga Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pelantikan beliau yang berkuat kuasa 12 Dis 2023 hingga 11 Dis 2026 adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Zukifli akan ke Istana Negara untuk Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan akan berlangsung pada 2.30 petang ini.

Sementara itu dalam pengumuman rombakan kabinet hari ini, Anwar memaklumkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kekal disandang Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *