Majlis Iftar Madani Surau Al Falah, Kampung Nara, Pasir Puteh

YADIM Kelantan telah menganjurkan Majlis Iftar Madani dengan kerjasama Surau Al Falah, Kampung Nara, Pasir Puteh  pada 21 Mac. Seramai 150 orang hadir ke program in. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah menyampaikan tazkirah ringkas dan seterusnya menyampaikan sumbangan bekalan makanan asas kepada 30 keluarga asnaf. Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan ialah […]

AMERIKA SYARIKAT HILANG KELAYAKAN BERCAKAP ISU KEMANUSIAAN

YADIM bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) menolak usul dikemukakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk meluluskan resolusi genjatan senjata kemanusiaan segera dalam konflik antara Israel dan Hamas di Gaza. Ini sekaligus mengesahkan mereka sudah hilang kelayakan bercakap apa-apa pun dalam isu kemanusiaan apatah lagi memperjuangkan kemanusiaan sedangkan […]

POLITIK ‘LABEL MELAMPAU’ MEMBURUKKAN KEADAAN SERTA MEMBANTUTKAN DAKWAH DAN ISLAH

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyeru kepada ahli-ahli politik Malaysia khasnya dari kalangan umat Islam, menjauhi dan meninggalkan gaya politik kebencian. Mereka sepatutnya terus berada di atas jalan ‘agama itu satu nasihat’ seperti sabda Rasulullah SAW, bermaksud, “ Agama adalah nasihat.” Mereka bertanya, “Untuk siapa (wahai Rasulullah)?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin […]

Istiqamah, konsisten beri sokongan kepada Palestin

SHAH ALAM – Terdapat tanda-tanda positif di mana gelombang kesedaran perjuangan di Palestin mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia dan tidak ketinggalan dalam kalangan rakyat Malaysia. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, gelombang yang berlaku di seluruh dunia ini turut menarik perhatian orang bukan Islam. “Sering kita mendengar […]

YADIM sedia bayaran untuk ustaz Orang Asli

IPOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyediakan bayaran berdasarkan jam berkhidmat bagi tenaga pengajar Orang Asli yang pulang ke kampung halaman untuk mengajar ilmu agama. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Zamri Zainal Abidin berkata, pihaknya memfokuskan kepada pengisian dalaman surau atau dari sudut pengajian. Kita agak terhad untuk menyediakan bantuan-bantuan dari bentuk fizikal seperti membina […]

BKB sumbang 90 Bakul Madani di Flat Kasturi, Sri Sabah,

KUALA LUMPUR – Kebajikan komuniti di negara ini tidak pernah dilupakan YADIM, kerana sentiasa mengingati mereka yang memerlukan itu juga satu bentuk dakwah dan ibadah. Sesuai dengan itu, Bahagian Khidmat Bakti (BKB) YADIM pada 9 September telah menyantuni seramai 90 keluarga di Flat Kasturi dan Flat Sri Sabah, Kuala Lumpur dengan sumbangan Bakul Madani. Setiap […]

BSN adakan sesi perkongsian perbankan Islam untuk pelatih ADMY

SEMUNGKIS – Bank  Simpanan Nasional (BSN) selaku antara penaja utama Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2023 pada 8 September, telah mengadakan sesi perkongsian ilmu berkaitan sistem perbankan Islam di negara ini. Sesi selama lebih sejam di Institut Latihan Dakwah YADIM di Hulu Langat itu merupakan sebahagian pengisian latihan untuk pelatih ADMY, bagi memberikan mereka kefahaman […]

YADIM dicadang tubuh koperasi

SEMENYIH – YADIM telah dicadangkan untuk menubuhkan sebuah koperasi bagi memperkasa dan mempelbagaikan lagi jalan dakwahnya. Cadangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Dato’ Setia Dr Haji Naim Mokhtar itu dilontarkan beliau ketika merasmikan program Kemasyarakatan dan Usrah Bimbingan Pemantapan Asas Fardhu Ain (Bimbingan Akademi Daie Muda YADIM) Pelajar Pembiayaan […]

Kunjungan YFBM ke YADIM

YADIM Sangat mengalu alukan sebarang pihak yang mahu menjalin kerjasama bagi menyantuni pelbagai lapisan masyarakat. Baru baru ini, Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan kunjung hormat kepada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus di ibu pejabat YADIM di Putrajaya bagi membincangkan cadangan kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak. Mewakili YFBM ialah Ketua […]

Datuk Dr. Afifi kongsi pandangan akademik dengan YADIM

YADIM pada 15 Ogos berbesar hati menerima kunjungan Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti. Beliau meluangkan masa lebih dua jam mendengar taklimat gerak kerja masa kini serta perancangan program-program yang bakal dijalankan. Berkongsi kepakaran, terutama daripada aspek akademik beliau turut memberi pandangan dan cadangan untuk memperkasa lagi program-program lapangan […]