Home » Citra Yadim » 100 keluarga mangsa banjir terima sumbangan YADIM Johor

100 keluarga mangsa banjir terima sumbangan YADIM Johor

PARIT SULONG – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang melanda negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah menyantuni seramai 100 keluarga mangsa bencana terbabit pada 28 Jun.

Dengan kerjasama pejabat Ahli Parlimen Parit Sulong, YADIM Johor menyampaikan bungkusan makanan kering kepada keluarga mangsa yang terbabit.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong merangkap Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato Dr. Noraini Ahmad. Hadir sama ialah Pengarah YADIM Johor, Ustaz Muhamad Ammar Abdullah serta pegawai badan agama ini.

Terlibat sama ialah Misbah Selamat  Ketua Kampung Parit Pulai serta ahli Persatuan Belia Wasis Parit Pulai.

 

 

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *