Home » Citra Yadim » 32 NGO himpun idea Pendidikan Islam

32 NGO himpun idea Pendidikan Islam

Nik Omar (tengah) semasa memberikan kata aluan di bengkel Pelan Strategik Pendidikan Islam Kluster Pendidikan.

PUTRAJAYA – Sejumlah 32 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam berbengkel di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini hari ini (28 Januari) bagi mengumpulkan idea untuk memperkasakan bidang Pendidikan Islam di sekolah sekolah negara ini.

Bengkel Pelan Strategik Pendidikan Islam Kluster Pendidikan ini merupakan kali ke 8 diadakan.

Kluster Pendidikan merupakan salah satu kluster yang diletakkan di bawah Sekretariat Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) di bawah YADIM, yang bertanggunggjawab menyelaras kegiatan NGO-NGO Islam.

Antara yang hadir termasuklah seperti Permata Al Quran Malaysia, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), Majlis Permuafakatan Pendidik Islam Negeri Selangor (MAPPIS Selangor) dan sebagainya.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz. Beliau menyatakan, Islam memberikan keutamaan kepada pendidikan dan memuliakan golongan yang berilmu.

Sesi pembentangan bermula dengan analisa isu semasa Pendidikan Islam di negara ini yang disampaikan oleh Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Profesor Datuk Dr Halim Tamuri.

Menurutnya, antara cabaran utama yang dihadapi oleh bidang Pendidikan Islam ialah jurang generasi yang terlalu jauh antara pelajar dan guru, sikap kurang mengambil berat ibu bapa, terlalu bergantung kepada guru dan sebagainya.

Selesai pembentangan berkenaan, wakil wakil NGO yang hadir diberi kesempatan mengemukakan cadangan masing masing, yang kemudiannya akan dihimpunkan dan diangkat sebagai cadangan kepada Kementerian Pendidikan untuk memperkasa Pendidikan Islam.

Turut hadir dalam bengkel ini adalah Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan NGO YADIM, En Zamani Bin Mohd Karulani, . Menurut beliau, “Program ini adalah usaha untuk menyatupadukan NGO pendidikan bagi menyuarakan syor ataupun cadangan kepada pihak yang lebih tinggi”.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *