Home » Citra Yadim » program Motivasi Keibubapaan Berteraskan Nilai Malaysia Madani

program Motivasi Keibubapaan Berteraskan Nilai Malaysia Madani

BERTUJUAN Mencapai hasrat murni mendidik dan memimpin pelajar ke arah perubahan kehidupan lebih baik, YADIM Kelantan pada 19 November menganjurkan program Motivasi Keibubapaan Berteraskan Nilai Malaysia Madani.
Ia dianjurkan dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pak Amat, SK Bukit Abal dan SK Banggol Pak Esah.
Program ini menghimpunkan seramai 300 ibubapa daripada sekolah-sekolah berkenaan bermula seawal pukul 9.00 pagi di Dewan Destinasi Bervisi SK Padang Pak Amat.
Ceramah motivasi kemudiannya disampaikan oleh Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.
Turut hadir ke majlis ialah Pengarah YADIM Kelantan Ustaz Mahadi Awang, Guru Besar SK Padang Pak Amat Puan Rohaya Ahmad, Guru Besar SK Bukit Abal, Encik Yasmi Sabri Yasim dan Guru Besar SK Banggol Pak Esah, Haji Azmi Kassim.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *