Home » Citra Yadim » Rakaman TMJ di YADIM

Rakaman TMJ di YADIM

Poster program
Poster bagi rakaman Tazkirah Malam Jumaat di YADIM

PUTRAJAYA – Saluran Astro Oasis dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan mengadakan rakaman rancangan Tazkirah Malam Jumaat (TMJ) pada 23 Januari 2019 (Rabu) ini.

Rakaman tersebut akan diadakan bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang di lobi Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, berhadapan Bilik Latihan YADIM.

“Rakaman akan diadakan dalam dua slot, yang pertama bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Panel bagi sesi pertama ini ialah Yang Dipertua YADIM sendiri, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz dan pendakwah terkenal, Yang Berbahagia Datuk Seri Abu Hasan Din Al Hafiz, membawakan tajuk ‘Satu atau Bersatu’.

“Sesi kedua pula ialah pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Sesi ini pula melibatkan Ustaz Nik Omar serta Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dengan tajuk ‘Fastabiqul Khairat’ (berlumba lumba melakukan kebaikan), “ jelas sekretariat program.

Moderator bagi kedua dua sesi ialah saudara Amin Idris.

Rakaman ini dijangka akan disiarkan di saluran Astro Oasis dan Astro Oasis HD bermula Februari ini.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi YADIM di talian 03-88703870.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *