Home » Citra Yadim » Teroka peluang kerjasama dakwah dengan TV Al Hijrah

Teroka peluang kerjasama dakwah dengan TV Al Hijrah

PUTRAJAYA – “Dakwah sememangnya tidak boleh terlepas daripada platform penyampaian dan penyiaran.

“Kalau kita mempunyai medium penyiaran seperti TV Hijrah yang boleh dicapai lebih ramai masyarakat, maka ia lebih berkesan dan bermanfaat,” kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan.

Beliau berkata  demikian ketika ditemui selepas kunjung hormat TV Al Hijrah kepada YADIM di sini pada 11 Ogos.

Hadir mewakili TV Al Hijrah termasuklah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Namanzee Harris, Pengurus Besar Jabatan Kejuruteraan & Sokongan Penyiaran, Suffian Yahya dan Ketua Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Ardi Herman Mohd Mardzi.

Dalam pada itu, Ustaz Nasrudin berkata, terdapat banyak peluang kerjasama dakwah boleh dijalin antara YADIM dan TV Al Hijrah yang bakal memberi manfaat kedua pihak.

Beliau memberikan contoh mengenai usaha menyemarakkan bulan dakwah yang kini dirancang dianjurkan YADIM pada Rabiul Awal (sekitar Oktober) nanti. Jelasnya, menerusi kemampuan stesen televisyen berkenaan, mesej yang hendak disampaikan kepada khalayak akan menjadi lebih jelas dan tersusun.

Katanya lagi, kepakaran dan platform yang dimiliki TV Hijrah juga boleh dimanfaatkan untuk program program YADIM lain yang kini sedang berjalan seperti Rakan Siswa YADIM, Daie Muda YADIM, atau usaha menyelaras gerakan dakwah yang melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.

Pada masa yang sama, Nasrudin merakamkam penghargaan dan terima kasih serta berbesar hati dengan kunjungan TV Al Hijrah ke YADIM yang ujarnya akan menghasilkan kerjasama dakwah antara keduanya.

Saranan Ustaz Nasrudin itu disambut baik Namanzee yang memaklumkan, TV Hijrah sememangnya mempunyai pelbagai rancangan yang bersesuaian dengan gerak kerja dakwah YADIM.

Jelasnya, TV Hijrah boleh menampilkan NGO NGO yang bernaung di bawah YADIM untuk disiarkan di rancangan miliknya seseprti Assalammualaikum, atau liputan untuk YADIM jika mempunyai program tertentu.

Tokoh atau ikon YADIM juga jelasnya boleh ditonjolkan di pelbagai rancangan lain yang bersesuaian dengan gerak kerja dakwah badan ini.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *