Home » Citra Yadim » Gotong royong di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang

Gotong royong di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang

SIJANGKANG – Pelbagai pengisian program terus dilaksanakan oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat.

Pada 26 November, mereka telah mengadakan gotong royong di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang di sini.

Ia sempena Kursus Kepimpinan Sukarelawan yang bakal diadakan di premis tersebut pada 28 November.

Kursus dengan kerjasama YADIM itu juga bakal disertai oleh SAY dari daerah daerah lain.

Turut dijemput ke kursus tersebut ialah wakil daripada Bahagian Kepimpinan Muda dan Bahagian Khidmat Bakti YADIM.

Antara yang terlibat dengan gotong royong ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.

Artikel Berkaitan

Tunku Azizah terima ijazah sarjana dari UIAM

  KUALA LUMPUR: Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-42 mencipta sejarah selepas Ketua Perlembagaannya, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *