Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan Terus Perkasa Pengimarahan Surau di Pasir Puteh Menerusi Program YIS

YADIM Kelantan Terus Perkasa Pengimarahan Surau di Pasir Puteh Menerusi Program YIS

PASIR PUTEH, 26 November – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kelantan terus komited memperkasa aktiviti dakwah serta pengimarahan komuniti setempat menerusi penganjuran berkala Program YADIM Ihya’ Surau (YIS).

Terbaharu, program tersebut diadakan di Surau Taman Sri Purnama, Kampung Nara, di sini, malam tadi, dengan menghimpunkan seramai 40 jemaah setempat.

Pengisian utama program merupakan sesi Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM Negeri Kelantan, Dr. Haji Mohd Akhmarudi Mohd Yusoff.

Turut hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan bagi menyantuni para jemaah ialah Penyelaras Program, Encik Aidi Kussuma Mamat.

Penganjuran siri jelajah surau ini mencerminkan usaha berterusan YADIM Negeri Kelantan dalam memperkukuh gerakan dakwah lapangan, sekali gus memastikan syiar serta mesej Islam terus disampaikan secara berkesan kepada masyarakat akar umbi.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *