Home » Citra Yadim » Agihan SAY Kuala Langat setiap Jumaat

Agihan SAY Kuala Langat setiap Jumaat

KEBUN BHARU – Setiap Jumaat Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak pernah lupa untuk mengagihkan pek makanan siap dimasak kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta warga emas.

Inisiatif terbaharu agihan dilaksanakan pada 21 Januari di kampung ini  dan Rumah Anak – Anak Yatim Sijangkang.

Seramai 20 buah keluarga telah disantuni oleh SAY Kuala Langat kali ini. Agihan dilaksanakan oleh pengerusi pasukan ini, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya. 

Selain agihan pek makanan siap dimasak, SAY Kuala Langat juga menghulurkan sedikit sumbangan wang tunai serta lampin pakai buang kepada pesakit yang terlantar.

SAY Kuala Langat mengalu-alukan mana mana pihak yang ingin bekerjasama dengan mereka menyantuni golongan yang memerlukan di daerah ini.

Sumbangan anda amat bermakna buat mereka.

 

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *