Home » Langit Terbuka » Ahli politik anti-Islam Belanda kini Muslim

Ahli politik anti-Islam Belanda kini Muslim

Van Klaveren, 40, berkata beliau menukar fikirannya dan memeluk Islam ketika sedang dalam proses menulis buku anti-Islam. - Foto Hard Van Nederland

THE HAGUE: Bekas anggota Parlimen Belanda dan tokoh penting dalam kempen anti-Islam yang dilancarkan oleh ahli politik, Geert Wilders, mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat negara itu, selepas mengumumkan beliau sudah memeluk agama Islam.

Selama tujuh tahun, tanpa henti, Joram van Klaveren melancarkan kempen anti-Islam di Dewan Perwakilan, Belanda, sebagai penggubal undang-undang yang mewakili Parti Kebebasan Wilders’.

Akhbar harian, Algemeen Dagblad (AD) melaporkan, sepanjang kempen itu, beliau mendesak kerajaan supaya mengharamkan pemakaian burka dan pembinaan menara serta berkata: “Kami tidak memerlukan Islam, walaupun sedikit di Belanda”.

Bagaimanapun, Van Klaveren, 40, berkata beliau menukar fikirannya ketika sedang dalam proses menulis buku anti-Islam dan mengakui kepada akhbar NRC, ia menjadi satu bentuk bantahan bagi menyangkal pandangan terhadap agama itu.

“Jika segala yang saya tulis hingga ke tahap itu adalah benar, dan saya mempercayainya, pada hakikatnya saya adalah orang Islam,” katanya kepada NRC.

Menurut NRC dalam laporan yang diterbitkan menjelang pelancaran buku Van Klaveren bertajuk, ‘Apostate: From Christianity to Islam in the Time of Secular Terror’, beliau memeluk Islam pada 26 Oktober lalu.

“Tindakannya (memeluk Islam) amat mengejutkan rakan dan musuhnya,” lapor akhbar AD. – AFP

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *