Jangan promosi Buffet Ramadan tanpa miliki sijil halal

SHAH ALAM – Pengusaha industri makanan dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan mempromosi ‘Buffet Ramadan’ tanpa memiliki Pensijilan Halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya memandang serius penyalahgunaan ungkapan atau penandaan halal kerana ia boleh mengelirukan umat Islam. “Penyalahgunaan ungkapan atau penandaan halal […]

MB nafi galak jual ayam tidak halal

SEREMBAN  – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan beliau mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menggalakkan penjualan ayam tidak halal di Negeri Sembilan. Beliau berkata, jawapan bertulisnya berkaitan isu halal dan kebersihan ayam segar di pasar raya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 24 April telah diberi tafsiran tidak tepat oleh pihak media. Tambahnya, komen-komen […]

Kerajaan teliti kontrak sewa jangka panjang hotel jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti cadangan memperbaharui kontrak sewaan hotel di Arab Saudi bagi jemaah haji kepada kontrak sewaan jangka panjang yang lebih baik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata ia perlu diteliti dan dibincangkan dengan pihak Arab Saudi bagi membolehkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengimbangi kadar sewaan yang meningkat setiap […]

Kursus asas sembelihan di Tasek Gelugor

TASEK GELUGOR –  Seramai 40 orang warga Pusat Integrasi Klien Tasek Gelugor di sini telah menjalani Wacana Pemantapan Aqidah dan Kursus Asas Sembelihan pada 18 April lalu. Pengarah YADIM Pulau Pinang, En Afifi Ruslan berkata, para peserta telah diberikan tunjuk ajar secara teori dan praktikal mengenai asas sembelihan selain melalui sesi pemantapan akidah. “Inisiatif ini […]

Tragedi Sri Lanka jenayah di luar norma manusia – Mufti Wilayah

PUTRAJAYA – Semua pihak digesa supaya tidak menunding jari dan menuduh secara melulu, sebelum pihak berkuasa Sri Lanka menangkap dalang yang bertanggungjawab dalam serangan pengeboman ke atas beberapa hotel dan gereja di negara itu, Ahad lalu. Menzahirkan rasa sedih dan sebak terhadap siri letupan yang mengorbankan 290 nyawa itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr […]

Malaysia boleh jadi rujukan ilmuan falak dunia

MELAKA – Ilmu falak bukan terhad kepada melihat anak bulan Ramadan atau Syawal sahaja sebaliknya ia bersifat universal yang meliputi semua bidang ilmu termasuk ilmu astronomi. Profesor Kehormat, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Datuk Dr. Mohd. Zambri Zainuddin berkata, kecemerlangan ahli falak negara mengadakan kajian secara saintifik ‘Hilal’ (anak bulan) menyebabkan Malaysia antara negara Islam […]

IKB MAIWP cadang tawar Kursus Diploma

KUALA LUMPUR  – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bercadang menawarkan Kursus Diploma bagi setiap bidang yang ada di Institut Kemahiran Baitulmal ( IKB) bermula tahun hadapan. Pengerusi MAIWP, Datuk Sri Syed Hussien Alhabshee berkata, bagaimanapun ia masih di peringkat kajian sebelum dilaksanakan sepenuhnya. “Usaha menaik taraf persijilan sedia ada ke peringkat diploma harus disegerakan […]

Kemuda Crew johan Anugerah Inovasi Dalaman YADIM

PUTRAJAYA – Kemuda Crew yang membentangkan Projek Sumbangan Kasih (PSK) telah dipilih sebagai Johan Anugerah Inovasi Dalaman Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (AIDY) 2018. Projek berkenaan mensasarkan untuk meningkatan kos pendapatan sumbangan infaq yang melibatkan warga kerja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Menggunakan projek  ini juga mampu meminimumkan tenaga kerja mencari dana kerana ia memanfaatkan kuasa […]

UKM hargai Sahabat YADIM

BANGI – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh Kelab Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SY YADIM) di institusi pengajian tinggi berkenaan. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM, Prof Ir Dato’ Dr Othman A. Karim berkata, sinergi yang wujud antara pihaknya, SY YADIM serta badan dakwah itu sendiri memudah […]

Konvensyen Fiqh Ummah himpun tokoh pelbagai bidang

PUTRAJAYA – Sebuah program berjudul ‘Konvensyen Fiqh Ummah : Maqasid Syariah & Masa Depan Malaysia’ yang dicadangkan dianjurkan pada Julai nanti bakal membariskan tokoh tokoh ternama dalam pelbagai bidang, bagi membincang dan memperkasakan Maqasid Syariah. Antara yang disenaraikan termasuklah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1440H, Prof Dato’ Dr Sidiq Fadzil, Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, […]