Home » Citra Yadim » Barangan keperluan harian untuk asnaf Pulau Betong

Barangan keperluan harian untuk asnaf Pulau Betong

PULAU BETONG – Seramai 25 keluarga asnaf di kawasan Pulau Betong, Pulau Pinang menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 15 Julai.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Ruslan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Yang Berhormat Haji Mohd Tuah Ismail untuk diagihkan oleh pejabat beliau.

Haji Mohd Tuah yang hadir menerima sumbangan turut mengadakan perbincangan dengan Mohd Afifi tentang beberapa cadangan program menyantuni rakyat pada masa akan datang.

YADIM Pulau Pinang  sememangnya mempunyai perancangan untuk menambah jumlah sumbangan di kawasan ini, khususnya untuk diberikan kepada keluarga pesakit kronik di sini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *