Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk penduduk Taman Ria Jaya

Sumbangan untuk penduduk Taman Ria Jaya

SUNGAI PETANI – Seramai 20 keluarga di Taman Ria Jaya di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 Julai.

Mereka terdiri daripada penduduk yang terkesan secara langsung dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dikuatkuasakan di kawasan ini. Dua daripada mereka yang menerima sumbangan ini memohon bantuan menerusi TeleBantuan YADIM.

Inisiatif ini dijayakan dengan kerjasama Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Ria Jaya.

Mereka yang disantuni menerima makanan asasi seperti beras, gula, tepung minyak, teh, biskut dan lain lain.

YADIM Kedah diwakili oleh pegawainya, Haji Azmi Mohammad selaku penyelaras program. Hadir sama ialah Pengerusi KRT Taman Ria Jaya, Mohd Latif Kassim serta anggota RELA yang membantu melicinkan perjalanan program.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *