Home » Langit Terbuka » BTN Akan Dimansuhkan Tidak Lama Lagi, Kata Syed Saddiq

BTN Akan Dimansuhkan Tidak Lama Lagi, Kata Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, BTN tidak diperlukan, ia akan dimansuhkan.

KUALA LUMPUR – Biro Tatanegara (BTN) akan dimansuhkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam.

“Kita tidak mahu BTN, ia akan dimansuhkan,” katanya pada forum bertajuk ‘Perubahan Landskap Politik dan Aspirasi Belia’ di Sunway University, di sini.

Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan untuk menutup BTN yang dikecam pihak tertentu sejak beberapa tahun lepas kerana mendakwa biro itu digunakan untuk memupuk doktrin perkauman serta ketaksuban dan hanya menguntungkan tuan politiknya.

Menyentuh mengenai perkara lain, Anggota Parlimen Muar itu berkata beliau komited terhadap cadangan agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

“Saya komited untuk menjadikannya suatu kenyataan dalam penggal pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sekarang. – BERNAMA

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=1478757

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *