Home » Langit Terbuka » Tiada Lagi Duta Daripada Ahli Politik – Saifuddin

Tiada Lagi Duta Daripada Ahli Politik – Saifuddin

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pelantikan duta akan dibuat dalam kalangan pegawai yang berminat serta tahu berkenaan tugas sebagai duta.

SHAH ALAM – Tiada ahli politik yang akan dilantik menjadi duta selepas ini, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah

Beliau sebaliknya berkata, pelantikan duta akan dibuat dalam kalangan pegawai yang berminat serta tahu berkenaan tugas sebagai duta.

“Mesti dalam kalangan diplomatik yang terlatih dan mampu menjalankan tugas mereka dengan baik.

“Ini juga cara mengelakkan (masalah) politik berlaku,” katanya ketika ditemui di Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, Saifuddin dijemput menjadi tetamu program Bicara Minda ‘Malaysia Baharu’ anjuran Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH) berkata, duta baharu yang akan dilantik perlu mengikut proses yang ditetapkan.

“Wisma Putra memang sudah ada kaedah lantikan (duta) dan pegawai yang berminat boleh memohon.

“Berkenaan status duta sekarang, ia sudah dianggap selesai selepas seorang daripadanya sudah pulang dan seorang lagi mengesahkan akan pulang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan beberapa duta Malaysia yang juga lantikan politik kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini, diberikan notis pengosongan jawatan.

Mereka termasuk Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Duta Malaysia ke Vatican, Tan Sri Bernard Dompok. – HARIAN METRO ONLINE

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/356184/tiada-lagi-duta-daripada-ahli-politik-saifuddin

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *