Kembara Rahmah YADIM diperluas ke seluruh negara

MARAN – Program Kembara Rahmah akan diperluas ke seluruh negara, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Pengisian program itu nanti jelas beliau, antaranya akan memberi penerangan tentang konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin yang kini giat diketengahkan kerajaan. “Masyarakat di negara ini yang terdiri […]

Kembara Malaysia Rahmah Daerah Maran 2020

MARAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Maran, Pejabat Agama Daerah Maran dan pimpinan masyarakat setempat pada 6 Februari telah menganjurkan program Kembara Malaysia Rahmah Daerah Maran 2020. Objektif pelaksanaan program ini ialah untuk membina hubungan masyarakat Islam dan bukan Islam kepada hidup yang lebih harmoni disamping memberi bantuan kepada […]

DMY bakal cetus fenomena baru

PUTRAJAYA – Program Daie Muda YADIM (DMY) bakal mencetuskan fenomena baru apabila ia dijadikan sebuah rancangan berbentuk realiti di televisyen hasil kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan TV Al Hijrah. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, inisiatif mewujudkan sebuah rancangan realiti di TV Al Hijrah membabitkan DMY akan membolehkan masyarakat […]

Gerbang Pra Siswa 5.0 Kelantan

PASIR PUTEH – Seramai 81 peserta, terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia dari seluruh Kelantan menyertai program Gerbang Pra Siswa 5.0 Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY YADIM) Kelantan. Program bermula 30 Januari hingga 1 Februari itu diadakan di Jeram Mengaji Agro Resort, Selising […]

Gerbang Pra-Siswa Peringkat Negeri Sarawak 2020

KUCHING – Seramai 80 orang peserta telah menyertai program Gerbang Pra Siswa (GPS) Peringkat Negeri Sarawak 2020 yang bermula pada 31 Januari hingga 2 Februari bertempat di Yayasan Sarawak di sini. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dengan kerjasama Majlis Pimpinan Negeri, Rakan Siswa YADIM (RSY Sarawak). Ia turut disertai oleh […]

YADIM Sarawak santuni 28 saudara kita di Kampung Gawang Ulu, Kampung Isu Sedia

SIMUNJAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 1 Februari telah menyantuni 28 buah keluarga saudara kita di Kampung Gawang Ulu dan Kampung Isu Sedia di sini. Sumbangan barangan keperluan dapur itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh sempena lawatan kerja beliau ke negeri ini bermula 31 Januari lalu. […]

YADIM sasar tubuh 222 Pasukan SAR seluruh negara

BATU PAHAT – Sebanyak 222 pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) disasar untuk ditubuhkan di seluruh negara tahun ini, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Menurutnya, ketika ini SAR sudahpun memiliki 76 pasukan di seluruh negara dengan kira kira 10,000 ahli. ““SAR ditubuhkan adalah untuk turut […]

Daripada masyarakat kepada masyarakat

AYER KEROH – Penjara Dusun Dato’ Murad di sini mencatat sejarah unik apabila secara rasminya memiliki pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) sendiri. Ia merupakan pasukan SAR pertama yang dianggotai oleh penghuni penjara kategori Orang Dalam Selia (ODS) di negara ini. Menggunakan konsep ‘Dari Masyarakat Kepada Masyarakat’, ia bermatlamat sebagai membina hubungan penghuni dengan masyarakat. Pengarah […]

YADIM Johor santuni asnaf Parit Yaani

BATU PAHAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 31 Januari telah menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga asnaf di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Parit Yaani di sini. Sumbangan barangan keperluan dapur itu disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dalam program Ziarah Asnaf. Hadir sama ialah […]

34 asnaf terima sumbangan YADIM Kedah

ALOR SETAR – Seramai 34 keluarga asnaf terpilih menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kedah, dalam program Karnival Rahmah Kedah. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawataakuasa Agama, Kesihatan, Luar Bandar dan Badan Bukan Kerajaan Kedah, Yang Berhormat Dato Dr Ismail Salleh dalam satu majlis di sini pada 30 Januari. Kesemua penduduk […]