YADIM peruntukkan RM200 ribu untuk mangsa banjir empat negeri

BESUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memperuntukkan kira kira RM200,000 bagi program bantuan pasca banjirnya. Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, program itu bertujuan menyantuni mangsa mangsa pasca banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah. “Kira kira 700 – 750 keluarga di setiap negeri menerima manfaat program ini. “Kita […]

YADIM, ODS Penjara Dusun Dato’ Murad santuni keluarga warga emas

DUYONG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Penjara Dusun Dato’ Murad, Ayer Keroh telah lama menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang terutama khidmat masyarakat. Gandingan usaha kedua pihak ini telah memberi impak positif kepada mereka selain komuniti di sekitar. Pada 23 Januari, kerjasama kedua pihak ini diteruskan lagi menerusi program YADIM Peduli Turun Padang Khidmat […]

700 keluarga di Kelantan terima manfaat sumbangan pasca banjir YADIM

RANTAU PANJANG – Prihatin dengan nasib mangsa pasca banjir di negeri ini yang masih memerlukan pembelaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan berterusan menganjurkan program bagi menyantuni mereka. Menerusi program YADIM Peduli Ziarah Prihatin, 700 keluarga di daerah Jeli, Kuala Krai dan Rantau Panjang yang menjadi mangsa bencana banjir Disember lalu menerima sumbangan barangan keperluan […]

Kunjungan ke Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian

KUALA KRAI – Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian di sini tidak dinafikan adalah antara pondok pengajian Islam yang terkemuka di negeri Kelantan. Ketika ini pendakwah terkenal, Dato Dr Abd Basit Abd Rahman merupakan Musyrif atau penyelia kepada pusat pengajian Islam terkenal ini. Pada 22 Januari, Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab […]

50 keluarga disantuni YADIM di Selising

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan tanpa henti, terus menyantuni golongan kurang bernasib baik di daerah ini menerusi program program ziarah rahmah mereka. Menerusi program berkenaan pada 18 Januari, sebanyak 50 keluarga orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan pesakit kronik menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Kelantan. Bermula jam 10 […]

Mujahid sampaikan watikah pimpinan RSY

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 18 Januari telah menyampaikan surat watikah pelantikan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY YADIM) dalam satu majlis di sini. Seramai 37 orang pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara menerima watikah berkenaan termasuk tiga orang pimpinan bukan Muslim. Majlis berkenaan […]

Penubuhan SAR daerah daerah Kelantan

KOTA BHARU – Sukarelawan Al Rahmah (SAR), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus melebarkan sayapnya di Kelantan menerusi penubuhan pasukan pasukan SAR di negeri ini. Terbaharu pada 16 Januari, sebanyak tujuh pasukan baharu ditubuhkan di negeri ini yang bertujuan menggalakkan aktiviti komuniti, merapatkan silaturrahim dan menyebarkan rahmah kepada semua. SAR yang telah ditubuhkan tersebut ialah […]

Halatuju MAIM 2020 – 2021

BANGI – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) selaku antara entiti utama di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak dinafikan memainkan peranan cukup besar dalam menyusun dan mencorakkan hala tuju badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini. Perancangan untuk melaksanakan usaha tersebut memerlukan ketelitian dan persefahaman antara badan badan yang berkenaan. Bagi mencapai tujuan […]

Usaha perkasa imej, pendanaan digital YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus berusaha meneroka ruang bagi mengumpul dana untuk gerak kerja dakwahnya melalui pelbagai medium digital. Menerusi medium digital sedia ada miliknya, YADIM juga berusaha memastikan setiap sumbangan diurus dengan cekap dan telus serta sampai selain berjaya mencapai hasrat para penyumbangnya. Bagi tujuan itu pada 16 Januari, satu perbincangan […]

Warga emas lumpuh disantuni YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Terlantar dan amat sukar menguruskan diri akibat lumpuh separuh badan menyebabkan seorang warga emas di sini tinggal dalam keadaan amat menyedihkan. Kediamannya yang daif dan uzur menambah lagi derita Ismail Mahmud, 76 dari Kampung Langgar di sini yang bergantung harap pada ihsan orang lain […]