Program Yadim Peduli, Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah ke Sabah

KOTA KINABALU – Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru baru ini telah melaksanakan program kembara YADIM Peduli , Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah selama dua hari ke bumi Sabah. Pelbagai program telah dilaksanakan untuk menyantuni golongan sasar yang telah dikenalpasti. Hari pertama pada 1 Ogos dimulakan dengan program gotong royong […]

YADIM Sarawak santuni mangsa kebakaran di rumah panjang Engkilili

SRI AMAN – Sukarelawan Al Rahmah Sri Aman, dengan kerjasama Urusetia Saudara Kita Cawangan Klassen dan Sri Aman pada 30 Julai 2019 telah menyantuni mangsa kebakaran Rumah Panjang Lepang Sayat Engkilili di sini yang kini sehelai sepinggang dalam kejadian pada 15 Julai lalu. Penyelaras program, Subri Rafaee dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak telah […]

Adakan Konvesyen Malaysia Rahmah di peringkat daerah

SELAMA – Konvensyen Malaysia Rahmah yang berperanan memberi kefahaman mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin dicadangkan untuk diadakan di lebih banyak daerah di Perak. Itu antara cadangan yang diterima Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) selaku penganjur sewaktu sesi soal jawab program Konvensyen Malaysia Rahmah Peringkat Larut, yang diadakan di Dewan Permai Majlis Daerah Selama, di sini […]

16 pelatih DMY 2019 tamatkan latihan

SEMUNGKIS – Seramai 16 orang peserta Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) menamatkan latihan mereka hari ini (1 Ogos) selepas tiga bulan menjalani latihan. Mereka diraikan dalam satu majlis di Institut Latihan Dakwah Yadim (ILDAN) di sini, yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Yunus. Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang […]

Libatkan ILDAN dalam komuniti Hulu Langat

SEMUNGKIS – Institut Latihan Dakwah Yadim (ILDAN) di sini dijangka bakal meriah dengan pelbagai aktiviti selepas ini apabila Ahli Parlimen Hulu Langat, Yang Berhormat Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berhasrat melibatkannya dengan aktiviti pusat khidmatnya. Hasanuddin berkata, kewujudan ILDAN di sini yang memiliki pelbagai kemudahan perlu digunakan sebaiknya supaya orang ramai sama sama dapat menikmati manfaatnya. […]

YADIM Kelantan santuni ibu bapa pelajar SK Danan

SELISING – Dengan hanya 250 orang pelajar, Sekolah Kebangsaan Danan di sini dianggap sebuah sekolah dengan kapasiti kecil. Ditambah dengan bilangan guru seramai 28 orang sahaja, serta seorang kerani. Namun ia bukan alasan untuk ianya dipinggirkan, justeru atas sebab itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 31 Julai telah mengadakan sesi motivasi dan pengajian […]

Sedia jalin kerjasama dengan NGO China

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersedia menjalin kerjasama dengan lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) dari China. Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, selain mengeratkan silaturrahim, ia juga merupakan peluang bagi badan dakwah itu untuk belajar tentang pelbagai perkara menerusi hubungan yang akan terjalin. “Kita ambil dan […]

Tajaan korban untuk 300 asnaf Sabah dan 30,000 pelarian Rohingya.

PUTRAJAYA – Muslim Volunteer Malaysia (MVM) sekali lagi dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sedang giat mengumpul tajaan bagi Ibadah Qurban 2019 di kem pelarian Rohingya, Bangladesh dan Kampung Kauluan, Ranau, Sabah. Pada tahun ini, pihak penganjur meletakkan sasaran untuk mengumpul tajaan sebanyak 40 ekor lembu di kem pelarian […]

Ziarah saudara baru Pulau Carey

KUALA LANGAT – Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat terus bergiat aktif menjalankan gerak kerja dakwah mereka apabila terbaharu, menyantuni komuniti Orang Asli di Kampung Judah, Pulau Carey di sini. Dua puluh lima anggota SAR Kuala Langat menyertai program ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada komuniti Orang Asli di pulau ini, yang diadakan pada 28 Julai […]

100 kit kebersihan sumbangan MAWAR untuk penduduk Kuala Koh

GUA MUSANG – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan kerja kerja kebajikan mereka di bumi Kuala Koh di sini apabila hadir sekali lagi menyantuni masyarakat Orang Asli. Kali ini kehadiran mereka pada 17 Julai lalu turut membawa sebanyak 100 kit kebersihan untuk disumbangkan kepada ketua ketua isi rumah di […]