2020 sebagai Pusat Pembangunan Pengetahuan Baru Dakwah

PUTRAJAYA – Sekretariat Perhubungan Serantau, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyasarkan tahun depan untuk menjadikan badan dakwah ini sebagai Pusat Pembangunan Pengetahuan Baru Dakwah. Sasaran itu ditetapkan dalam Makmal Inovasi Dakwah: Program Pengantarabangsaan YADIM yang diadakan di sini pada 25 Julai lalu. Makmal ini dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Sektor Penyelidikan & Penerbitan Dakwah, Dr […]

Konsert Amal Senyuman Kemboja terima sambutan luar biasa.

KUALA LUMPUR – Konsert Amal Senyuman Kemboja yang diadakan di sini malam ini (27 Julai) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Wilayah mendapat sambutan luar biasa. Tiket tiket yang berharga RM70 dan RM50 habis terjual dan lebih 500 hadirin memenuhi Balai Budaya Tun Syed Nasir di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, tempat […]

Program silang budaya, dialog sesuai anjuran YADIM

GEORGETOWN – Program berbentuk silang budaya melibatkan pelbagai bangsa dilihat amat sesuai dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Pulau Pinang. Pegawai Khas di Pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tabiin Sahri berkata, dengan demografi penduduk Pulau Pinang yang pelbagai, program berbentuk silang budaya adalah bertepatan jika dianjurkan YADIM bagi mempromosi keharmonian antara kaum. […]

Diskusi Pelan Pembangunan Dakwah Negara

PUTRAJAYA – Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 25 Julai telah mengadakan sesi perbincangan bersama sekumpulan tokoh akademik dan aktivis dakwah bagi membina kerangka Pelan Pembangunan Dakwah Negara. Pelan ini merupakan satu usaha YADIM agar kerja-kerja dakwah tidak lagi menjadi retorik, sebaliknya, penumpuan harus diberikan kepada pelaksanaan bersungguh-sungguh terutama dalam menangani […]

Konsisten adakan program Rahmah

SUNGAI PETANI – Program program berkaitan rahmah perlu diadakan secara konsisten untuk memberi penerangan dengan kerap kepada masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kerajaan sedar isu berkaitan Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syariah adalah sesuatu yang berat untuk dibicarakan. “Ia bukan cakap […]

Contohi keperibadian Rasulullah dalam pendidikan dan kepimpinan

KAJANG – Para pelajar disaran untuk mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam bidang pendidikan dan kepimpinan. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, sikap junjungan besar yang mengutamakan pendidikan kepada umat Islam selain menunjukkan keterampilan terpuji dalam memimpin masyarakat perlu diamalkan pelajar. “Semua sektor memerlukan kepada […]

Mangsa kebakaran Kampung Sungai Gulang Gulang disantuni SAR Kuala Selangor

TANJONG KARANG – Prihatin dengan musibah dan kesulitan dihadapi sebuah keluarga di sini akibat kehilangan kediaman dalam satu kejadian kebakaran, Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Selangor bertindak pantas menghulurkan sumbangan mereka. Sumbangan berbentuk wang tunai itu disampaikan oleh Ketua SAR Kuala Sekangor, Asma Husin kepada anak pasangan Suhaili Zahar dan Siti Ruminah Samai, Nurul Najwa […]

Nik Omar terima kunjungan Nakhaie

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), pada 24 Julai telah menerima kunjungan bekas Yang Dipertuanya, Datuk Nakhaie Ahmad. Beliau telah mengadakan pertemuan lebih sejam dengan Yang Dipertua YADIM ketika ini, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz di pejabatnya, untuk berbincang mengenai beberapa perkara, khususnya berkaitan dakwah islamiah di negara ini. Turut serta […]

IFSC, YADIM banyak persamaaan

PUTRAJAYA – “Melihat pada objektif, visi dan misi anda, saya lihat kita ada banyak persamaan. Kedua organisasi ini bekerja untuk Islam,”. “Kami merasa seperti di tanah air sendiri semasa melihat video korporat anda, malah muzik latar yang digunakan juga lagu untuk tentera Uthmaniah” kata Presiden Ahli Mesyuarat Tertinggi Istanbul Foundation for Science and Culture (IFSC), […]

Perasmian Penutup Nadwah Kepimpinan Islam 2019 Sekolah Berasrama Penuh

PUTRJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz akan merasmikan penutupan Nadwah Kepimpinan Islam 2019 Sekolah Berasrama Penuh pada 24 Julai ini di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Sebelum majlis penutupan pada jam 10.30 pagi, Ketua Pegawai Operasi YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dijadualkan untuk […]