SAR Kuala Langat sampaikan sumbangan mangsa kebakaran

BANTING – Prihatin dengan kejadian kebakaran yang menimpa sebuah keluarga di sini, pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 15 Julai lalu telah menyampaikan sumbangan kepada mereka. Ketua SAR Kuala Langat, Hasmawi Mahidin bersama 15 anggota pasukan telah mengunjungi kediaman En Mohd Fakrul Khair Bahrain di Kampung Endah di […]

Kunjung hormat ke Pejabat Mufti Melaka

AYER KEROH – Satu kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah diadakan pada 11 Julai lalu oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang bertujuan mempereratkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Mewakili YADIM ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanitanya, Ustaz Muhammad Hafiz Musa serta Penyelaras YADIM Melaka, Muzaffar Abd Rahim. Kehadiran YADIM […]

Sambutan luar biasa Seminar Pendidikan Awal Kanak Kanak

KUALA TERRENGGANU – Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini pada 13 Julai mendapat sambutan luar biasa. Seramai 750 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha dan guru tadika swasta,serta guru tadika milik kerajaan negeri, memenuhi Dewan al Muktafi Billah Syah tempat programm dijalankan di […]

SAR Bentong dilancar

KARAK – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus mendapat perhatian masyarakat. Ia terbukti apabila pada 12 Julai, SAR bagi Parlimen Bentong, Pahang dilancarkan dalam satu majlis di Surau Al Irsyad, Rumah Murah, Kampung Teroh, di sini oleh Ketua Pegawai Operasi YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Tuan Kamarul Arief telah […]

Kunjungan YADIM Wilayah ke Syria Care

KUALA LUMPUR – Sebagai usaha menjalin kerjasama dengan lebih banyak pihak, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Wilayah pada 12 Julai telah melakukan lawatan ke Syria Care. Lawatan ini disertai oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Muhammad Hafiz Musa, Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Fitri Aziz Mohd Yusof dan Penolong […]

Town Hall Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

DUNGUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melengkapkan siri jelajah Kembara Rahmah Dungun semalam (11 Julai) dengan sesi Town Hall di Dewan Dagang, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di sini. Seramai 800 orang pelajar memenuhi dewan berkenaan dengan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz sebagai penceramahnya. Hadir sama ialah  wakil […]

Jangan sia sia usia remaja

DUNGUN – Jangan sia sia usia remaja. Demikian nasihat Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam kuliah maghribnya di Surau Kolej Vokasional Dungun kepada para pelajarnya  di sini pada 11 Julai. Menurutnya, usia remaja merupakan tempoh yang penuh dengan cabaran dan dugaan, justeru golongan remaja perlu ada jati diri yang kuat. Tambah beliau, setiap […]

Konvensyen Malaysia Rahmah bakal diperluas

KANGAR – Sesuai dengan usaha kerajaan memperluaskan gagasan Rahmatan Lil Alamin, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Konvensyen Malaysia Rahmah di sini pada 12 Julai. Disertai kira kira 200 peserta, ia bakal diadakan di beberapa tempat yang lain bagi mempromosi gagasan Rahmatan Lil Alamin dan konsep rahmah sebagai objektif utamanya. Timbalan Yang Dipertua YADIM, […]

25 pesakit Hospital Dungun disantuni

DUNGUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan sesi Kembara Rahmah Dungun hari ini (11 Julai) dengan menziarahi hospital daerah ini. Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dalam lawatannya, mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan kepada 25 pesakit dari kalangan kanak kanak yang kurang bernasib baik serta ibu ibu yang baharu melahirkan bayi. […]

Kembara Rahmah Dungun bantu realisasi jadikan daerah ilmu

DUNGUN – Penganjuran Seminar Rahmatan Lil Alamin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini membantu merealisasikan hasrat menjadikan daerah ini sebagai pusat ilmu. Rektor UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun, Profesor Madya TS Dr Mazidah Puteh berkata, hasrat tersebut akan lebih mudah dicapai menerusi penganjuran lebih banyak majlis majlis seperti ini. “Seminar ini adalah penjelasan secara […]