Ummatic 2.0 bakal himpun selebriti dakwah

PUTRAJAYA – Festival Ummatic 2.0 yang dijadualkan pada 27 September ini bakal menghimpunkan pelbagai selebriti dakwah sebagai tarikan untuk orang ramai menghadirinya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, dijadualkan merasmikan festival ini yang diadakan di perkarangan Masjid Al Fateh, Ipoh. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan penganjur bersama festival […]

Pengajian ilmu bersama YDP YADIM di Kedah

JITRA – Penduduk di bandar ini dan Sungai Petani berpeluang mengikuti tiga siri kelas pengajian bersama Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz pada 25 dan 26 Julai ini. Program pertama beliau ialah pada 25 Julai ini di Masjid Al Fateh, Tanjung Pauh, Jitra selepas solat Maghrib. […]

Panduan pengurusan jenazah untuk penduduk Kampung Sempereh

BATU KURAU – Sebagai memenuhi tanggungjawab menyebarluas dakwah kepada masyarakat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perak, pada 21 Julai telah mengadakan kelas panduan pengurusan jenazah kepada komuniti Kampung Sempereh di sini. Program yang pertama kali diadakan di surau ini, bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat tentang cara pengurusan jenazah secara sempurna mengikut Islam. Ia telah diadakan […]

Perbanyak silang budaya, peluang sebar rahmah

KOTA BHARU – Penganjuran sebarang program kekeluargaan pada masa akan datang oleh pihak bertanggungjawab, dicadangkan agar melibatkan peserta daripada pelbagai bangsa dan kebudayaan. Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Senator Datuk Husam Musa berkata, ada banyak perkara yang boleh dipelajari menerusi pembudayaan silang di negara ini sekiranya kita mengamalkannya. “Ini bukan hanya dari aspek kekeluargaan sahaja […]

Gotong royong Surau Seri Paduka

BATU KURAU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM Perak dengan kerjasama Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) pada 20 Julai telah melaksanakan program gotong royong di Surau Seri Paduka di sini. Bertujuan mengeratkan silaturrahim dengan penduduk kawasan sekitarnya, seramai tujuh kakitngan YADIM telah terlibat dalam program gotong royong ini. Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Khidmat Bakti […]

NUIM sumbang idea untuk pembangunan modul-modul latihan YADIM

KUALA LUMPUR – Selama tiga hari bermula 17 Julai lalu hingga 19 Julai, sekumpulan cendekiawan Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia (NUIM) beserta beberapa ilmuwan lain dari beberapa institusi pengajian tinggi telah bersama dalam satu bengkel pembangunan modul yang diadakan di Hotel Putra, MAIWP K.Lumpur. Bengkel berkenaan bertujuan membangunkan modul- modul latihan dan kursus untuk diaplikasikan […]

Merakyatkan Maqasid Syariah

KUALA LUMPUR – Anggapan bahawa prinsip Maqasid Syariah yang dipraktikkan kerajaan ketika ini hanya teori semata mata akan dikupas dan diperhalusi dalam Konvensyen Nunji 2019 di Ayer Keroh, Melaka, Sabtu ini (20 Julai). Pengerusi Nunji, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, persoalan tersebut bakal diperincikan dan dijelaskan oleh tokoh yang mendalami mengenai prinsip dan konsep […]

Kerjasama pendidikan, isu isu wanita Mercy Mission Malaysia

PUTRAJAYA – Mercy Mission Malaysia, sebuah organisasi bebas yang mengangkat agenda pendidikan dan kebajikan berminat menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam beberapa bidang seperti kesukarelaan, isu isu wanita serta pendidikan. Hasrat berkenaan dinyatakan organisasi berkenaan dalam kunjung hormatnya ke YADIM hari ini (18 Julai) yang disertai oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Muhammad Fawwaz […]

Kerjasama program impak tinggi YADIM – Kumpulan Karangkraft

SHAH ALAM – Kumpulan Karangkraft sedia membantu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam penganjuran program program berimpak tinggi, kata Pengarah Urusannya, Datuk Husamuddin Yaacub. Husamuddin menjelaskan, pihaknya mempunyai kepakaran dari segi penjenamaan  dan boleh membantu YADIM dari aspek berkenaan. “Fenomena sekarang menyaksikan ramai orang Islam tidak memahami agama mereka sendiri dengan baik dan ini memerlukan […]

Dua program ilmu YADIM Pulau Pinang

NIBONG TEBAL – Penduduk di sini dan Bagan Lalang berpeluang menghadiri dua program ilmu anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 19 dan 21 Julai ini. Kedua dua program ini akan menampilkan Ustaz Dr Tarmizi Abd Razak, personaliti Astro Oasis serta Murabbi Pencetus Ummah (PU) dan PU Azraie. Penolong Pengarah YADIM Pulau Pinang Afifi Ruslan […]