Henti fitnah gagasan Rahmatan Lil Alamin

ROMPIN – “Barang baik yang kita bawa, tapi difitnahkan pula, Islam terancam katanya,”. “Tapi kami di peringkat kerajaan persekutuan tidak peduli, kerja kami ialah martabatkan Islam dengan penuh maruah,” tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf. Beliau berkata demikian menyentuh mengenai dakwaan pihak kerajaan tidak memartabatkan Islam selain membiarkan […]
Program Street Rahmah & Bual Bicara:Peranan Orang Muda Dalam Pembangunan Negara

KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu beserta Politeknik Kuala Terengganu telah mengadakan Program Street Rahmah & Bual Bicara : Peranan Orang Muda Dalam Pembangunan Negara pada hari ini (22 Ogos). Program yang diadakan di Dewan Utama Tingkat 4, Yayasan Islam Terengganu bermula jam 8 pagi, mendapat sambutan sangat menggalakkan apabila disertai oleh […]
YADIM, MPKK jayakan Nahnu Maakum

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan program Nahnu Maakum – Sumbangan Rahmah bagi siri keenam tahun ini pada 28 September 2019 bertempat di Surau Pantai Murni, Yan, Kedah. Pengarah YADIM Kedah, Habsah Husain berkata, program ini adalah anjuran bersama YADIM dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Yan serta mendapat kerjasama […]
Sumbangan kit masjid sempena Prodaksi

SEMPORNA – Sebanyak 80 buah masjid di sini menerima sumbangan kit kelengkapan sempena penganjuran Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang kini sedang berlangsung hingga 23 Ogos ini. Kit tersebut mengandungi sejadah,buku buku agama,majalah Dakwah dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta Al Quran yang disumbangkan oleh pelbagai agensi agama […]
YADIM turut serta program Jelajah Aspirasi Merdeka Melaka fm 2019

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut berkolaborasi dalam program Jelajah Aspirasi Merdeka Melaka fm 2019 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melaka yang akan diadakan pada 29 Ogos ini bertempat di Kip Mall Bachang, Melaka. Penyelaras YADIM Melaka, Muzafar Abdul Rahim berkata, orang ramai dijemput hadir memeriahkan program berkenaan yang dipenuhi pelbagai acara menarik […]
YADIM sertai ‘operasi’ ATM di Sabah

LABUAN – Angkatan Tentera Malaysia ketika ini sedang melaksanakan Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) di beberapa lokasi terpilih di Sabah dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan antara agensi agama yang turut sama menyertainya. Prodaksi merupakan operasi tahunan pihak Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), yang pada asalnya disasarkan kepada anggota tentera yang bertugas di perbatasan. […]
Ziarah rahmah ke perkampungan Orang Asli di Gerik.

SUNGAI TEKAM – Sebagai salah satu usaha memasyarakatkan badan dakwah dengan komuniti Orang Asli, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 17 Ogos lalu telah menganjurkan ‘Program YADIM Peduli, Ziarah Rahmah’ kepada komuniti tersebut di sini. Program selama dua hari itu, selain mendekatkan YADIM dengan komuniti berkenaan, turut berhasrat menyebarluaskan penghayatan rahmah dalam hubungan sesama manusia […]
Pamuntarian lokasi seterusnya ibadah korban YADIM – MVM

NABAWAN – Kampung Pamuntarian di sini, menjadi lokasi seterusnya program kerjasama korban Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Muslim Volunteers Malaysia (MVM) pada 14 Ogos. Hasil kutipan dana yang diusahakan oleh kedua badan ini, seekor lembu berjaya disumbangkan untuk majlis korban bagi penduduk kampung tersebut. Mewakili MVM ialah Penyelaras Projek Ibadah korban Sabah Imran Abd Moin, […]
Kediaman terbakar pagi Aidiladha, keluarga ibu tunggal dapat perhatian SAR Kuala Langat

SIJANGKANG – Kehilangan kediaman di kala orang ramai sedang menyambut AidilAdha sememangnya memeritkan, namun itulah yang dihadapi oleh Siti Sarah Yusuk, apabila sebahagian rumahnya musnah dalam satu kebakaran pada pagi 11 Ogos lalu. Prihatin dengan nasib yang menimpa ibu tunggal berkenaan, Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkunjung dan […]
YADIM, MVM laksana korban untuk Kampung Kauluan

RANAU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia meneruskan program kerjasama dakwahnya di bumi Sabah apabila melaksanakan program ibadah korban di Kampung Kauluan di sini bersama Muslim Volunters Malaysia (MVM). Usaha untuk mengutip dana bagi pelaksanaan program ini telah bermula sejak bulan lepas, dan hasilnya pada 13 Ogos, dua ekor lembu telah dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk […]