Forum Hal Ehwal Islam di Marang

MARANG – Satu Forum Hal Ehwal Islam bakal diadakan di Masjid Ar Rahmaniah, Wakaf Tapai di sini pada 5 April 2019 (Jumaat), selepas solat Maghrib. Majlis Ilmu yang bertajuk Mengejar Rahmah di Bulan Syaaban itu merupakan hasil kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Terengganu FM, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Wakaf Tapai serta jawatankuasa masjid berkenaan. […]
YADIM sampai sumbangan kepada keluarga mangsa Christchruch

ALOR SETAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia hari ini (16 Mac) menyampaikan sumbangan kepada keluarga Mohd Tarmzizi Shuib, 42, salah seorang mangsa kejadian tembakan rambang di Christchurch. Sumbangan berkenaan disampaikan kepada kakak Tarmzizi, Mariani Shuib oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz di kediaman mereka di Hutan Kampung di sini […]
Inter Faith Dialogue di Wat Machimaran

TUMPAT – Bertepatan dengan konsep Islam Rahmat Seluruh Alam (Rahmatan Lil Alamin), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan sebuah program dialog dengan komuniti Buddha di sini. Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin bersama dengan Pengarah YADIM Zon Timur, Ustaz Mahadi Awang dan kakitangannya telah sama sama melakukan interaksi dengan kira kira […]
YADIM ucap selamat tinggal kepada ‘Tuan Edd’

PUTRAJAYA – Selepas hampir empat tahun yang cemerlang bersama, warga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangannya, Yang Berusaha En Redhauddin Kamaruzaman. Lebih mesra di kalangan YADIM sebagai ‘Tuan Edd’, Redhauddin akan kembali secara rasmi ke Jabatan Perkhidmatan Awam selepas tamat peminjaman pada 15 Mac ini. […]
Panel forum sempena Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

PUTRAJAYA – Bersempena dengan Keputeraan Sultan Perak, sebuah program yang dinamakan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bakal diadakan dengan fokus kepada pengisian kerohanian. Bagi tujuan tersebut, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz telah dijemput sebagai panel utama sebuah forum eksekutif, yang merupakan antara pengisian kepada muzakarah […]
CUCMS mahu terlibat sama program YADIM

PUTRAJAYA – Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) berhasrat untuk melibatkan para pelajarnya dengan program program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hasrat itu disampaikan oleh Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar dan Alumninya, Professor Dr Abdul Latif Mohamed dalam kunjungannya ke ibu pejabat YADIM di sini hari ini (11 Mac 2019). “Para pelajar kami sememangnya […]
Sokong usaha tangani kejadian hina Islam

PUTRAJAYA – Orang ramai diseru bersama kerajaan dalam menangani kejadian menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW yang sedang berlaku ketika ini, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz. Menurut beliau, tindakan pantas kerajaan dalam menangani isu menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW menunjukkan bahawa pihak berkuasa […]
UKM jemput YADIM sebagai penasihat Fakulti Pengajian Islam UKM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dijemput menjadi ahli dalam Badan Penasihat Fakulti Pengajian Islam (FPI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jemputan berkenaan disampaikan oleh Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan) FPI, Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman yang hadir ke ibu pejabat YADIM di sini hari ini bersama Dr Ahmad Irdha Mokhtar, dari Jabatan Dakwah […]
‘Satu Atau Bersatu’ dalam TMJ 7 Mac ini

Putrajaya – Jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan Tazkirah Malam Jumaat (TMJ) pada 7 Mac ini (Khamis), yang membawa tajuk ‘Satu Atau Bersatu’. Dihoskan pengacara serba boleh, Amin Idris, TMJ membawakan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz serta penceramah terkenal Yang Berusaha Datuk Seri Abu Hassan […]
Timbalan Yang Dipertua YADIM kunjungi Duta Besar di Mesir

Kaherah – Sempena lawatan kerja ke Mesir, Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin telah mengambil kesempatan mengunjungi Duta Besar Malaysia di sini. Kunjungan kepada Tuan Yang Terutama Amb Mohd. Haniff Abdul Rahman itu berlangsung pada 28 Februari 2019 (Khamis) di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini pada jam […]