Pingat Perak untuk YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dianugerahkan Sijil Pingat Perak oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) atas kecemerlangan dalam Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri (AIJPM) 2018. Anugerah berkenaan disampaikan JPM kepada agensi yang melepasi tahap penilaian berdasarkan markah yang diberikan oleh panel penilai. Pada AIJPM 2018 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober lalu, […]

Santai Bersama YADIM Kelantan

JELI – Politeknik Jeli di sini bakal menjadi lokasi terkini program dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Kelantan. Pada 3 Disember ini, bakal diadakan program ‘Bicara Dakwah, Santai Bersama YADIM’ Kelantan di institusi pengajian tinggi itu. Pengarah YAIM Zon Timur, Yang Berusaha Ustaz Mahadi Awang berkata, program berkenaan diadakan sempena kemasukan pelajar pelajar baru […]

Persidangan Meja Bulat Dewan Wanita

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan isu isu semasa mengenai hal hal wanita masa kini, Dewan Wanita Kuala Lumpur, Majlis Dakwah Negara (MDN) akan mengadakan Persidangan Meja Bulat Dewan Wanita Kuala Lumpur pada 1 Disember ini. Program di Bilik Mesyuarat Utama,  Aras 3, Blok D  Akademi Pengajian Islam  Universiti Malaya itu akan bermula jam 9.30 pagi […]

Rimayah Al Munawwarah 2.0 di Wetland Putrajaya

PUTRAJAYA – Bertempat di Taman Wetland Putrajaya di sini, telah dianjurkan program Rimayah Al Munawwarah pada 24 November lalu. Ia adalah anjuran Surau Al Munawwarah 5R3 Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya yang melibatkan kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), stesen radio Zayan.FM, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan […]

Selamat menjalani ibadah umrah

PUTRAJAYA – Seramai enam kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bakal menjadi tetamu Allah dengan menunaikan ibadah umrah pada bulan  hadapan. Mereka terdiri daripada En Mohd Firdaus Mohd Rusli, Puan Safizah Saferi, Puan Hamudah Hasan, dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, En Muhammad Naqiuddin Ismail, Puan Humaira Johari (Bahagian Kepimpinan Muda) serta En Abdul Hafiz Mat Tuah […]

Ziarah Iman Kelantan

GUA MUSANG – Bertempat di Perkampungan Orang Asli Pos Tuel di sini pada 24 November lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program Ziarah Iman yang bertujuan menziarah dan menyantuni keperluan dakwah mereka. Program bermula dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang itu turut disertai oleh 7 orang ahli Sahabat YADIM (SY) Universiti Malaysia […]

Maulidur Rasul Bersama Maahad Tahfiz Al Mawaddah

PUTRAJAYA – Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul baru baru ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul Bersama Maahad Tahfiz Al Mawaddah. Majlis yang diadakan di Bilik Latihan YADIM di sini disertai oleh hampir 50 kakitangan badan dakwah ini selain pelajar pelajar pusat tahfiz berkenaan. Hadir sama ialah Pengurus Besar Pengurusan Dan […]

MAIM laksana kunjung hormat ke Exco Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Satu kunjung hormat telah dilakukan kepada Exco Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Terengganu, YB Mohd Nor Bin Hamzah di pejabatnya di sini oleh Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Terengganu pada 21 November lalu. Wakil Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Eksekutif Kanan Zon Timur, Ustaz Nasrul Hadi bin Saidin hadir sama dalam lawatan […]

Kursus inovasi untuk warga YADIM

PUTRAJAYA – Sebagai salah satu usaha melahirkan kakitangan yang kredibel dan serba boleh, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Kursus Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi pada 21 November lalu. Kursus sehari ini dikendalikan oleh Perunding Latihan Kanan, Sub Kluster Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Puan Sujata a/p Muniandy dan dihadiri […]

YADIM bantu semarakkan NGO Islam Selangor

SHAH ALAM – Bertempat di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, satu mesyuarat jawatankuasa yang bertujuan menyelaras dan menyemarakkan kegiatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam telah diadakan pada 16 November lalu. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan NGO Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kali ke empat itu turut melibatkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai ahlinya. “Ia juga […]