Home » Citra Yadim » Cinta Sakinah 2018 Peringkat Negeri Kedah: Membangunkan Model Keluarga Islam

Cinta Sakinah 2018 Peringkat Negeri Kedah: Membangunkan Model Keluarga Islam

ALOR SETAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerusi Bahagian Pembangunan Ummah hari ini (6 September) menganjurkan program Cinta Sakinah 2018 Peringkat Negeri Kedah secara kolaborasi dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri Kedah dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Program yang diadakan di Kompleks Kastam di sini, dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk “Bijak Urus Wang Hati Pun Senang” oleh Puan Suzana Ali dari Hijrah Wealth Management.

Seramai 120 orang kakitangan Jabatan Kastam menyertai program ini, yang merupakan siri kedua selepas siri yang pertama di Putrajaya pada 9 Ogos 2018 yang lalu. Turut hadir bagi menjayakan program ini ialah Pengarah Kastam Negeri, Datuk Johari Alifiah.

Program Cinta Sakinah ini dirangka khas untuk memberi bimbingan dan panduan kepada masyarakat mengenai pelbagai aspek dalam membangunkan model keluarga Islam yang cemerlang.

Menurut Bahagian Pembangunan Ummah, institusi kekeluargaan pada zaman ini menghadapi cabaran yang begitu hebat seperti peningkatan isu-isu sosial, isu-isu pengurusan kewangan keluarga dan sebagainya.

“Kecemerlangan remaja adalah bermula dari rumah iaitu melalui kedua ibu bapa yang menjadi idola kepada anak-anak, “katanya.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *