Home » Citra Yadim » Seminar Keluarga Impian YADIM, SALIMAH – MAPIM

Seminar Keluarga Impian YADIM, SALIMAH – MAPIM

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara dengan kerjasama sebuah lagi badan bukan kerajaan (NGO), SALIMAH-MAPIM telah menganjurkan sebuah program kekeluargaan bertajuk “Seminar Keluarga Impian”.

Program yang diadakan pada 6 September di Peladang Inn di sini, disempurnakan majlis penutupannya oleh Ahli Parlimen Merbok, Y.B Nurin Aina Surip.

Eksekutif Kanan YADIM Zon Utara, Zuhri Husin berkata, program tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila disertai seramai 172 orang yang terdiri daripada kalangan ahli ahli NGO setempat.

“Kita berharap menerusi penyertaan mereka, kita dapat membantu kea rah menyumbang pembikinan keluarga yang mampu menghadapi cabaran masa kini dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Katanya lagi, Jabatan Mufti Negeri Kedah turut sama menyokong dan terlibat dalam penganjuran program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *