Home » Langit Terbuka » Dikir sambil berdakwah

Dikir sambil berdakwah

Pertandingan dikir akan bermula pada pukul 8.30 malam itu diadakan sempena Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya. - Foto PPJ

KUALA LUMPUR – Persembahan dikir barat diberi nafas baharu oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) melalui penganjuran pertandingan dikir dakwah di Pentas Utama Piacuff, Dataran Putrajaya, Presint 3 pada 25 Julai ini.

PPj dalam satu kenyataan memberitahu, pertandingan yang akan bermula pada pukul 8.30 malam itu diadakan sempena Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya.

Remaja berumur 13 hingga 21 tahun yang berminat boleh menghantar penyertaan kepada pihak kami dan ia adalah percuma.

“Mereka berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 sekiranya bergelar juara. Tempat kedua pihak kami menawarkan RM1,000 manakala RM800 bagi tempat ketiga,” katanya dalam kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Muhamad Rafiq Abdul Rahman di talian 012 6756055. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *