Home » Langit Terbuka » Raja Salman alu-alukan 1,000 jemaah haji Palestin

Raja Salman alu-alukan 1,000 jemaah haji Palestin

Raja Salman (gambar) menitahkan kesemua jemaah Palestin berkenaan supaya menerima layanan istimewa kerajaan Arab Saudi di bawah program khas. - Foto Saudi Gazette

RIYADH – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengalu-alukan kehadiran 1,000 penduduk Palestin yang merupakan waris kepada warga yang mati syahid untuk mengerjakan ibadah haji.

Saudi Gazzete melaporkan, kesemua jemaah berkenaan akan menerima layanan istimewa kerajaan Arab Saudi di bawah program khas yang akan dilaksana dan diselenggara oleh Kementerian Hal Ehwal Islam negara tersebut.

Menterinya, Abdullatif Al – Asheikh yang juga merupakan penyelia program berkenaan menyuarakan rasa terima kasihnya kepada Raja Salman atas keprihatinan yang ditunjukkan terhadap Palestin dan penduduknya.

“Pihak kementerian dengan kerjasama pelbagai agensi akan bertindak pantas untuk melengkapkan prosedur yang perlu menerusi kedutaan Arab Saudi di Mesir dan Jordan untuk hal ehwal ketibaan mereka menaiki pesawat khas,” katanya.- Saudi Gazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *