Home » Langit Terbuka » ECRL batal sehingga mampu bina

ECRL batal sehingga mampu bina

Perdana Menteri menegaskan, keutamaan kerajaan sekarang ialah mengurangkan hutang dan pinjaman

PETALING JAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP) akan dibatalkan sehingga Malaysia mampu membinanya.

Bercakap kepada pemberita di penghujung lawatan rasmi 5 hari ke China, beliau berkata tumpuan sekarang ialah menangani defisit kewangan negara.

Beliau menambah projek-projek yang menjejaskan kepentingan Malaysia tidak lagi akan dibenarkan, dan para pelabur China memahami pendirian mesra-perniagaan pentadbirannya.

Pejabat Perdana Menteri mengesahkan komen Dr Mahathir kepada pemberita di Beijing.

Dr Mahathir berkata Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang memahami sebab sebalik pembatalan 2 projek yang disokong kerajaan China.

“Saya sudah menjelaskan kepada mereka. Mereka faham keadaan kita dan menerimanya,” katanya, dan menambah keutamaan kerajaan sekarang ialah mengurangkan hutang dan pinjaman. – FMT

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *