Home » Langit Terbuka » Inti pati Belanjawan 2019

Inti pati Belanjawan 2019

KUALA LUMPUR – Berikut ialah inti pati Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

 Belanjawan 2019 bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera.

 Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu.

 Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan,     RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran       pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).

 Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB     hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018

 Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9         bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini.

 Kerajaan unjur Keluaran Dalam Negara Kasara (KDNK) Berkembang 4.9 peratus pada 2019.

 Kerajaan akan membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal pada 2021

 Kerajaan akan membentangkan Akta Perolehan Kerajaan pada tahun depan

 Kerajaan akan melaksanakan perakaunan akruan bagi menggantikan perakaunan asas       tunai bermula 2021

 Defisit fiskal 2018 dijangka mencapai 3.7 peratus disebabkan komitmen perbelanjaan         kerajaan terdahulu.

 Kerajaan komited laksana langkah konsolidasi fiskal untuk kurangkan defisit kepada 3.4      peratus pada 2019, 3.0 peratus pada 2020 dan 2.8 peratus pada 2021.

 Kerajaan Persekutuan terus beri jaminan pembiayaan untuk projek infra yang sedang         dalam pembinaan seperti MRT2 dan LRT3.

 Kerajaan akan mewujudkan pejabat pengurusan hutang untuk menyemak dan                   menguruskan hutang serta liabiliti kerajaan.

 Projek Landasan Berkembar Lembah Kelang 2 akan ditender semula melalui tender             terbuka.

 1MDB dan kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki US$4.32 bilion kepada IPIC dan      Aabar Investment PJS, dan akan menuntut pemulangan US$1.46 bilion yang telah              dibayar.

 Hutang langsung Kerajaan Persekutuan mencatat RM687 bilion atau 50.7 peratus               daripada KDNK pada akhir 2017.

 Hutang rasmi Kerajaan Persekutuan dijangka mencatat 51.8 peratus daripada KDNK           pada 2019.

 Jumlah liabiliti akan berkurangan kepada 73.5 peratus tahun depan berbanding 74.6           peratus yang dijangka pada akhir 2018.

 Kerajaan akan mengurangkan pegangan dalam syarikat bukan strategik.

 Model Kerjasama Awam-Swasta akan dijalankan secara tender terbuka dan bukannya         kaedah rundingan terus.

 Penyedia perkhidmatan atas talian asing akan dikehendaki mendaftar dengan kastam,       mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan mulai 1 Januari 2020.

 Kerajaan akan lancar program khas Pengakuan Sukarela untuk pembayar cukai                 mengisytiharkan sebarang pendapat yang tidak dilaporkan.

 Malaysia akan melaksanakan Pertukaran Maklumat Secara Automatik dengan pihak             percukaian lain yang membolehkan audit dan siasatan.

 Kerajaan akan mengkaji lebih 130 jenis skim fiskal sokongan pelaburan yang dikendali       32 agensi penggalakan pelaburan bagi memastikan insentif cukai relevan dan tiada             pertindihan.

 Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah dinaikkan kepada 10 peratus daripada lima               peratus  bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap dalam     tahun keenam dan ke atas.

 Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk warganegara dan penduduk tetap         dinaikkan kepada lima peratus.

 CKHT dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana               rendah  dan rumah mampu milik berharga di bawah RM200,000.

 Kadar duti setem bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta dinaikkan kepada         empat peratus.

 Pilihan kadar cukai maksimum sebanyak RM20,000 yang diperuntukkan di bawah Akta       Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 akan dimansuhkan.

 Lesen kasino dinaikkan kepada RM150 juta setahun daripada RM120 juta setahun.-             Bernama

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *